Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 7 October 2012

Lagu 'Anak Kampung' Berdasarkan Liku Hidup Saya - Jimmy Palikat




NAMA Jimmy Palikat mula menjadi bualan setelah lagunya yang berjudul “Aku Anak Kampung” berjaya mencetuskan fenomena terutamanya di kalangan muda. Lagu yang telah diubah susunan muzik itu daripada bentuk asal adalah hasil kerjasama dengan One Nation Emcee.

Umpama bulan jatuh ke riba, lagu yang asalnya dalam bahasa Dusun telah dicipta pada tahun 2010 itu melonjakkan nama Jimmy di seluruh tanahair. Lagu ini juga mendapat perhatian di laman YouTube dan sering diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

“Lagu ini ditulis berkisarkan kesusahan dan liku-liku hidup yang dihadapi oleh saya. Lagu ini seperti penceritaan yang diluahkan dalam sebuah lagu, daripada pengalaman hidup saya,” kata Jimmy pada Rumah Terbuka Hari Raya Bersama RIM di Restoran Saloma Bistro & Theatre baru-baru ini.

Anak Sabah yang berumur 34 tahun ini sedang dalam proses membuat lagu terbaru untuk single keduanya yang berjudul “ Aku Datang KL”. Walaupun terpaksa berulang alik antara Sabah dan Kuala Lumpur, Jimmy belum mempunyai perancangan untuk terus menetap di sini.

Bapa kepada 5 orang anak ini tidak mendapat tentangan keluarga untuk bergiat aktif di dalam bidang seni dan memegang prinsip tidak mudah lupa diri kerana menganggap semua yang terjadi hanyalah tuah semata-mata. Jimmy menegaskan yang hidup ini seperti roda, kadangkala kita di atas tetapi tidak selamanya kita kekal di sana.

Lagi cerita pasal Jimmy Palikat atau lagu "Anak Kampung" KLIK SINI dan KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers