Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 26 January 2013

[Panas] Pengerusi Caw DAP Dedah DAP Amal Kuku Besi???...


Seorang pengerusi Democratic Action Party (DAP) cawangan di Negeri Sembilan membidas barisan kepimpinan DAP kerana mengamalkan pemerintahan kuku besi atau autokratik.

Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis mendakwa, corak pemerintahan pemimpin utama DAP itu boleh dilihat melalui keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya iaitu masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata, DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti kerana DAP seringkali berkata mengenai soal `bersih' di luar gelanggang sedangkan rumah sendiri kotor.

Justeru, beliau yang telah lama berada dalam DAP meminta supaya pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

Sehubungan itu juga beliau membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung perkara itu selepas mendapat persetujuan dengan ahli DAP yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Laporan kepada ROS adalah kemahuan ahli akar umbi dan ahli sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti berikutan tindakannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers