Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 5 February 2013

[Panas] Bukti PSY Oppa Gangnam Bukan Di Taja BN...


Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional BN yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan.

Penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Laporan ini menolak tuduhan cai2 PR yg kata kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan.

Sebanyak 50 makanan disediakan untuk 50 ribu orang tapi dijangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti.


Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750 000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy.

Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.

Kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers