Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 7 March 2013

[Panas!!!] Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu???...


Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.


Kalau komando bergerak satu baris dan bergerak 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan mopping out, takkan tak lepas kawasan 4 kilometer lagi?

Kini, mopping out diperluaskan kepada 10 kilometer pula…persoalan seterusnta macam mana mereka boleh terlepas kepungan 4 kilometer sebelum ini?

Yang hendak penulis tekankan di sini….13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup.

Bukan sekadar bawa lari, sempat tanam lagi. Jangan siap sempat baca talkin apa semua sudah la.

Kalau 13 mayat dibawa lari, berapa ramai yang sebenarnya masih hidup?

Satu mayat bukannya ringan, kalau dua orang angkut satu mayat pun, paling kurang 36 orang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.

Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu, selepas pengeboman begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.

Persoalannya, di mana baki 100 lebih pengganas itu berada sekarang?

Masih hidup? Sudah berkecai? Sudah menyamar menjadi orang awam?

Jika mereka menyamar, hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh lepas pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat serangan semalam.

Sekali lagi, bukan bertujuan mengecilkan pasukan keselamatan kita.

Hakikatnya ialah kita sebenarnya berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

Mereka adalah dari suku Tausug, suku yang paling garang antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut berhadapan dengan suku itu.

Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang.

Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu mereka tidak takut kematian dan tidak takut perang kerana sudah berpuluh tahun berperang dalam hutan di negara mereka.

Dan sebahagian besar pasukan keselamatan kita mungkin baru kali pertama hendak menembak orang.

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini.

Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting.

Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.

Penulis tidak berniat mengangkat penceroboh tetapi kita harus sedar kita sedang berdepan siapa ketika ini.

Kalau kita rasa peralatan kita sudah cukup, masa akan menentukan segalanya.

Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad maka memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.


Sumber : MyNewsHub 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




























15 comments:

  1. Mopping out bertujuan mencari senjata yg disembunyi, bukan spesifik mencari penceroboh kerana mereka sudah mula menukar taktikal dgn menyamar sbg rakyat biasa (siap pakai baju BN lagi).. Sila lihat gambar2 di lokasi 6 polis yg maut diserang hendap.

    Mereka akan berkumpul semula, tapi kerana kekurangan bekalan senjata, sekurang2nya mereka tak dapat membuat serangan.

    ReplyDelete
  2. depa dah lari ikut lubang bwh tanah ni. sbb depa dh lama kat situ

    ReplyDelete
  3. Hati kecil aku kuat mengatakan mereka sudah menyamar menjadi orang awam ..... Tunggu masa sesuai, baru berkumpul dan bertindak ....

    ReplyDelete
  4. tak perlu umum jumlah pun xpe. sbb nnti jd pembkr smgt penyangak tu plak. apa2 pun doakan yg terbaik utk negara tercinta. ini smua bkn sandiwara. byk perkara kekdg pahit utk d telan tp ttp d telan oleh kerajaan kerana keselamatan rakyat keseluruhan menjd keutamaan bukan agenda populariti semata.

    ReplyDelete
  5. tidak mustahil juga jika jumlah yang diberitahu ada beratus2 orang berkumpul di Tanduo hanya seramai itu..saja je nak buat psywar..maka dikatakan beratus2..

    suku2 Tausug ni asal kampung..jadi biasanya yang berani mati, biasa membunuh atau dibunuh ini bukannya berperang dengan 'dada kosong'. mereka2 ini sudah tentu 'ada isi' sebab itulah keberanian berjuang luar biasa. jangan ambil mudah perkara2 spt itu. bukankah itu semua amat biasa pada zaman dahulu? saya yakin, kemungkinan besar pengganas2 itu ada memaki tangkal..jadi pasukan keselamatan kita juga mesti 'ada isi' barulah bertemu buku dgn ruas..ingat Allah sepanjang masa. sebelum menembak, sebut nama Allah. jika pengganas menggunakan perantaraan syaitan, sudah tentu lut atas izin Allah..

    ReplyDelete
  6. mengikut kenyataan penulis...pengganas yang kita hadapi sekarang umpama hantu dan sangat sukar ditewaskan...so adakah penulis memaksudkan bahawa kita harus menyerahkan negeri sabah tu bulat2 kepada mereka? kerana dek kita takut kalah dalam peperangan ini? setahu saya...rakyat malaysia yang betul2 mempunyai semangat patriotik akan terus memberikan kata2 semangat kepada pewira kita...tidak kira siapa lawan kita...tidak kira musuh kita lemah atau kuat..tetap berjuang demi anak bangsa...

    ReplyDelete
  7. Lawan hantu kena panggil pawang

    ReplyDelete
  8. Usah memperlekeh Pasukan Keselamatan , Sememang mudah memperkatakan sesuatu yang negatif , Sedarlan operasi pembersihan yang dilakukan oleh Pasukan Keselamatan bukan semudah mengemop lantai rumah !! Perlu dilakukan dengan berhati hati .

    ReplyDelete
  9. pengganas guna ilmu kebatinan, kebal n ghaib tu...amalan pahlawan tradisional...

    ReplyDelete
  10. tok2 bomoh seluruh malaysia sila buat "backup" utk pasukan keselamatan kita kat sabah...."PAGARKAN" kawasan kepungan agar pengganas x mudah lolos tanpa di lihat...

    ReplyDelete
  11. senang jer nak tau pengganas @ org awam....kumpulkan semua penduduk...pas tu suruh nyanyi lagu negaraku sorang2...yg x tau tu mesti PENGGANAS.....
    cara ke dua...chek IC diaorg....pas tu chek kat JPN kalau x ada maka mereka tu PENGGANAS....

    ReplyDelete
  12. ACTUALLY dorang nie bukan majoriti pakai ilmu batin..pahlawan tradisional..saya sendiri adalah suku kaum suluk asli..bukan semua suluk bersalah atas kejadian ni..kami warganegra malaysia yang lahir disini dan taat setia pada negara malaysia kerana buktinnya kami segelintir sudah mendaftar menjadi sukarela wataniah. biarpun kami dianggap penkhianat suku kami kami akan korbankan kesetiaan kami pada negara..cuma nak share dengn blogger..perang gerila kepakaran mereka dan ilmu batin..kebanyakan tentera sultan sulu dibarisi warga berusia mereka la perisai hadapan..pa pun doakan kami warga ld dan sabah kita doakan kemananan untuk negara kita malaysia.amin..

    ReplyDelete
  13. terima kasih juga kpada perajurit negara..kami warga ld ucapkan ribuan terima kasih.keadaan semakin terkawal disini..sama2 la kita doakan tiada lagi berlakunya pertumpahan darah selepas ini..win2 situation iz d best solution ryte!..peace 4 malaysia

    ReplyDelete
  14. bodoh la admin blog yg tulis ni. komen je lebih. kau pergi jadi askar katsana berperang. baru aku terima komen2 bangang kau ni

    ReplyDelete
  15. Cepat sangat buat rumusan. Padahal kat globalnation.inquirer dah ramai Pnoys yg respect Malaysian force. Kita cuma ambik masa sebulan je untuk clearkan Tausug. Harus diingat, Pnoy force sampai skrg x dapat basmi militant ni kat Midanao tau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers