Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 10 March 2013

Tahniah!!! UMB Perak Secara Rasminya Tertubuh Hari ini???... @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @tunfaisal @AzwanBro @Hairul_Own


Tahniah!!! Ucapan tahniah KN ucapkan kepada negeri Perak dengan tertubuhnya UMB Perak pagi tadi di Ipoh, Perak. Majlis perasmian Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda BN Perak yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang juga merangkap Ketua Pemuda BN Negeri Perak, Khairul Azwan Harun. Majis perasmian turut juga dihadiri oleh Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz di samping Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar yang turut hadir sama dalam majlis ini. 

KN dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar secara rasminya telah dilantik menjadi Pengerusi UMB Negeri Perak dengan restu daripada Ketua Pemuda UMNO Perak. Tahniah KN ucapkan kepada Hairul Anwar di atas perlantikan ini. Dengan perlantikan ini KN rasa Hairul Anwar menggalas satu tanggungjawab yang amat besar dan berat kerana menjadi "Jeneral" kepada satu kumpulan tentera maya di bawah institusi Pergerakan Pemuda UMNO.


KN rasa dengan suasana begitu hampirnya PRU13 yang bakal berlangsung bila-bila masa saja hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh PM, Datuk Seri Najib kehadiran pasukan tentera maya ini yang juga merupakan sebahagian daripada jentera parti amat diperlukan bagi menguatkan lagi jentera BN negeri Perak dalam menghadapi peperangan yang begitu sengit dan mencabar ini tambahan pula BN Perak telah menghadapi detik-detik hitam dalam PRU12 lepas apabila BN Perak kalah kepada Pakatan Rakyat ketika itu. PRU12 pada tahun 2008 merupakan detik hitam dalam sejarah politik Perak bila BN Perak dikejutkan dengan kekalahan mengejut bila Perak juga ter"jerait"sama dengan Tsunami politik 2008.

Dengan adanya UMB Perak ini KN berharap agar jentera maya BN akan lebih mantap lagi dalam menangkis tohmahan dan fitnah daripada pihak pembangkang dan KN doakan agar UMB Perak beroleh kejayaan. KN juga yakin kewujudan UMB Perak ini disaat-saat akhir bukanlah untuk mewujudkan konflik atau persaing yang tidak sihat sesama pengamal media maya lain yang ada dalam negeri Perak. Kewujudan UMB Perak ini akan menambahkan lagi kekuatan sedia ada jentera BN di alam siber.

Tahniah sekali lagi KN ucapkan kepada UMB Perak dan tahniah juga kepada Ketua Pemuda BN Perak serta Pengerusi UMB Perak di atas inisiatif dan sokongan Pergerakan Pemuda BN Perak yang melihat perlunya ada jentera parti daripada cabang alternatif ini selain daripada jentera tradisional yang lain demi untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang daripada jatuh sekali lagi ke tangan pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers