Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 11 March 2013

[Panas!!!] Parlimen Bubar Rabu Nie Bila PM Mengadap Agong???...


Rabu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadap Yang Dipertuan Agong.

Ia adalah formaliti biasa yang dilakukan yakni sebelum mesyuarat Kabinet dilangsungkan.

Secara umum, Perdana Menteri akan memaklumkan kepada Baginda mengenai apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan perkara-perkara yang mungkin diluluskan.

Dengan pembubaran Parlimen dikatakan pasti dilakukan bulan ini dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan depan, dan Dewan Undangan Negeri Johor terbubar secara otomatik pada 21 Mac, maka ada kebarangkalian Najib akan mendapatkan sekali perkenan Agung untuk membubarkan Parlimen.

Belum pasti namun kemungkinan itu ada. Alang-alang sudah mengadap dalam tempoh yang dekat, mohon terus perkenan baginda… senang.

Ikut Perlembagaan… masa untuk pembubaran semakin hampir… walaupun ada serangan pengganas di Sabah…namun proses ini terpaksa juga diteruskan.

Namun tidak semestinya pembubaran itu akan diumumkan hari itu juga jika mendapat perkenan pun.


Perdana Menteri boleh umum dalam tempoh seminggu dari tarikh dapat perkenan.

Justeru, sudah pasti timbul persoalan akan bilakah Parlimen akan dibubarkan.

Kalau mahu keberkatan Jumaat, barangkali 15 Mac tarikh yang terbaik.

Perdana Menteri dijadual akan ke Kelantan pada sebelah pagi… mungkin lepas sembahyang Jumaat pada sebelah petang pembubaran boleh diumumkan.

Jangan terperanjat kalau pembubaran dilakukan pada 22 Mac… hari Jumaat juga tetapi minggu berikutnya… sehari selepas Johor terbubar secara otomatik.

Kalau beza sehari, pilihan raya masih tetap boleh dilakukan secara serentak.

Apa pun… yang pasti pembubaran sudah sangat dekat… untuk pilihan raya umum yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.

Kurang dari 2 minggu sahaja lagi Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU13.

Debaran semakin dirasa…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers