Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 2 April 2013

Biar Betul???? PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Esok???...


KOTA BAHARU – PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Senarai calon, kita kira sudah selesai…tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkanberkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima tahun DUN berkenaan ialah pada 28 April ini.- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers