Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 13 June 2013

Panas!!! Betul Ker Khairun Aseh Takda Niat Pun Nak Bertanding KP Putrajaya???... @TengkuAdnanReal



Gua baru dengar-dengar perkhabaran yang di bawa angin pasal isu yang sedang hangat dan panas di blogesfera pasal si Khairun ni. Macam-macam isu dan skandal yang timbul di banyak blog-blog selepas sekeping foto menunjukkan Khairun bergambar dengan Ketua-ketua Pemuda Cawangan Baru Bahagian Putrajaya.

Kenapa KPC baru jer yang bertuah menjejakkan kaki ke pejabat baru beliau meskipun belum mengangkat sumpah.

Kenapa tidak dijemput KPC lama dahulu sebagai menghormati senioriti sebagai KPC. Paling tidak pun buat jemputan kepada semua KPC bukan sekadar kepada yang terpilih dan tertentu sahaja. Macam ada udang disebalik batu jer.

Selepas itu mulalah timbul perbagai pertanyaan mengenai kredibiliti beliau dilantik menjadi setpol kepada PM sampailah masalah beliau tak tunjuk muka di kawasan beliau sendiri ketika pemuda Putrajaya bermatian mempertahankan calon Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan jer oleh penduduk Putrajaya menentang Husam Masam.

Tapi buka itu sebenar yang nak gua kupas pasal Khairun sebab semua benda dah dimainkan oleh ramai blogger. Cuma yang gua nakkan penjelasan dari mulut Khairun sendiri atau mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa beliau tidak pernah melahirkan hasrat mahu bertanding malah beliau tidak mempunyai niat mahu bertanding jawatan KP Putrajaya meski pun beliau mendapat sokongan yang mana gua pasti berapa kerat jer yang menyokong beliau kerana perangai beliau. Tetapi hakikatnya ramai yang terpikat dengan beliau kerana RM beliau jer kot.

Kalo tak betul pertanyaan gua ni maka gua pohon Khairun membuat pengakuan seikhlasnya. Biar siapa yang bawak mulut citer lu Khairun nak bertanding tu biar Pemuda Putrajaya yang akan cari.

Gua bagi masa sampai hujung minggu nie agar lu Khairun buat ketetapan berkenaan isu ni agar Pemuda Putrajaya kembali bersatu.

p/s : masa berjalan dan semakin hampir ke penghujungnya... tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers