Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 30 July 2013

Ketua Bahagian Di Selangor Yang Wajib Diganti!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Bulan September akan datang merupakan bulan yang paling menarik perhatian tahun ini selain bulan Mac lepas kerana Pilihanraya Ke-13. Apa yang menariknya bulan September ni, inilah bulan berlangsungnya mesyuarat UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian di seluruh negara.
Setelah hampir 5 tahun sejak 2009 barulah pemilihan baru diadakan dan ini merupakan antara tempoh terpanjang dalam sejarah pemilihan UMNO. Jadi, inilah masa yang paling sesuai perwakilan UMNO membuat perubahan pucuk pimpinan bermula di Cawangan kemudian di Bahagian.

Kepada Ketua Bahagian dalam negeri Selangor yang gagal membantu Bahagian hingga tertewasnya calon di Parlimen dan DUN masing-masing, beliau haruslah tidak bertanding lagi dan memberi laluan kepada muka baru. Namun, janganlah tempat ini diisi pula oleh mereka yang sama spesisnya dengan Ketua Bahagian lama.

Ini antara senarai Ketua Bahagian dalam Selangor yang elok digantikan jer seperti yang disenaraikan oleh ShahAlamRebels :


1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)
2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)
3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)
4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)
5. Pandan (kalah 4-0)
6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)
7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)
8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)
9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS
10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)
11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)
12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.
13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)
15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)
16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)
17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)


*sila rujuk sini untuk senarai terperinci :



Manakala bagi Bahagian yang DUN dan Parlimennya yang menang dan masih berjaya mengekalkan kerusi dalam PRU13 lepas haruslah diberi peluang lagi oleh perwakilan kerana prestasi yang baik dan cemerlang ini.

Kepada ahli UMNO yang menjadi perwakilan, fikirlah dengan sedalam-dalamnya sebelum memberi undi kepada calon yang bertanding agar jangan kerana kesilapan kita membuat pilihan atau dipengaruhi oleh sogokan wang ringgit yang hanya tiba ketika musin pemilihan, parti yang akan menanggung akibat dan kesannya terutama ketika PRU14 nanti.


p/s : menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers