Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 23 July 2013

Syed Mehdar Meroyan Dengan Azeez Rahim Buat Apa??? @NajibRazak @ahmadmaslan


Siapa Syed Mehdar nie? Doktor? Lawyer? Majestrat? ooooooooo Ketua Pemuda yang meroyan rupanya. Tapi apasal dia meroyan menyalak tak tentu hujung pangkal. Inilah persoalan yang timbul di kepala hotak ni. Kenapa takda ribut takda angin tetiba menyalak melalak pasal perlantikkan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Rahim. Siapa Syed Mehdar ni nak mempertikai perlantikan jawatan seseorang apatah lagi jika individu tersebut di dalam satu bahtera Pergerakan Pemuda. Apa la sangat kehebatan beliau jika mahu dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Apa sumbangan beliau kepada parti jika dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Apa jasa beliau kepada rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Jawapannya : "Yillek" "Takda"

Jika dibuat kajian dan survey kepada ahli UMNO terutama dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pasti 95% memberi jawapan tidak mengenali siapa Syed Mehdar yang juga Ketua Pemuda Cheras merangkap Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Namun, dengan suasana pemilihan parti UMNO yang semakin hampir, maka individu ini yang setiap kali tiba waktu pemilihan akan muncul (KLIK SINI BUKTI). Ini jelas memberi signal kepada UMNO yang makhluk spesis ini pasti akan muncul setiap kali pemilihan parti. Bukannya tidak boleh dibaca rentak dan gaya makhluk ni yang mendambakan dan mengintai jawatan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan yang sekarang ini disandang oleh Datuk Rizalman Mokhtar.

Namun, jika ditanya apakah jasa dan sumbangan Syed Mehdar ini kepada Bahagian Cheras semasa PRU13, kepada Wilayah terutama kepada Pemuda Wilayah, kepada negara seterusnya kepada UMNO. Jawapannya : "Yillek" "Takda"

Siapa yang mengenali Syed Mehdar ini pasti mengatakan makhluk ni sama spesis dengan Khairun Aseh, spesis aristokrat dan elitis (SILA KLIK SINI). Sudah pasti spesis ini naik dalam UMNO tanpa perlu bersusah payah dan bekerja keras seperti orang lain dengan hanya menggunakan darjat beliau serta hubungan pertalian   kekeluargaan Syed Ali, Ketua Bahagian Cheras. Inilah antara penyakit dalam Bahagian Cheras apabila kronisme dan nepotisme menjadi teras.  

Jadi, sudah-sudah la UMNO memelihara makhluk spesis ni dalam parti. Eloknya spesis ini dicampak jauh-jauh dari muka bumi ni. Parti keramat UMNO pasti akan aman jika makhluk spesis ni sudah tiada lagi dalam parti. Sudah pasti parti akan bertambah kuat jika mereka ini tiada lagi dalam parti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers