Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 17 August 2013

Puaka Niring : Kisah Benar Santau Bulu Kerana Daun Pandan...


Petang tadi sedang lepak-lepak ngan sahabat-sahabat di Ipoh tadi sedang rancak sembang isu cerita politik negeri Perak tetiba boleh "divert" ke cerita santau yang dialami sendiri oleh salah seorang sahabat tadi hanya kerana marahkan jiran kerana memotong daun pandan.

Cerita lama berkaitan salah seorang keluarga member yang disantau hanya kerana daun pandan. Dikatakan ahli keluarga beliau ada menanam banyak pokok pandan dikeliling rumahnya. Jiran yang tinggal berdekatan plak meniaga nasi lemak dan diceritakan setiap senja waktu maghrib anak peniaga nasi lemak ini tadi akan datang mengambil daun pandan tadi.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari tuan rumah pokok pandan tu membersih kawasan rumah termasuk memotong sedikit pokok pandan yang dilihat agak semak. Lebihan pandan tadi disimpan untuk nanti diberikan kepada jiran yang setiap hari datang ambik daun pandan bagi memasak nasi lemak.

Bila tiba waktu maghrib maka anak jiran pun datang untuk memotong dan mengambil daun pandan. Maka tuan rumah pun menyuruh anak jiran untuk ambil daun pandan yang telah dipotong. Tiba-tiba anak jiran terus pulang tanpa perlu mengambil daun pandan. Selang beberapa hari tuan rumah mula mengalami sakit misteri bermula dengan bengkak di muka.

Puas anak tuan rumah bawak pegi berubat sampai jumpa sorang ostad kat Trong Taiping baru tau yang tuan rumah tadi kena santau. Ostad tadi memberi gambaran terperinci pasal individu yang menghantar santau termasuk rupa paras dan lokasi rumah.

Di akhir cerita sahabat tadi, tuan rumah akhirnya meninggal dunia kerana kesan santau tadi.

p/s : apa yang cuba disampaikan di sini hanyalah sebahagian daripada kisah benar yang berlaku dalam dunia paranormal yang mungkin pada sesetengah orang mungkin tak mempercayainya tapi mungkin peristiwa yang sama pernah berlaku pada orang lain atau keluarga yang rapat dengan kita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers