Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 4 September 2013

Puaka Niring : Misteri Kehilangan Kharun Aseh Terbongkar??? @NajibRazak


Sebelum ini gua ada keluarkan satu siri bercakap ngan Khairun Aseh dalam segmen Puaka Niring mengenai tanda tanya ketidakhadiran Setpol PM ni semasa Mesyuarat Cawangan Matahari baru-baru ini. Sila klik sini :

Akhirnya segala misteri dan tanda-tanya terurai bila rahsia ke mana hilangnya Khairun dari mesyuarat cawangan Matahari terjawab. Khairun telah berpindah cawangan dari cawangan Matahari ke cawangan Kaktus. Satu Putrajaya dah tahu bahawa cawangan Kaktus merupakan kubu kuat pengaruh Khairun kerana itu adalah cawangan anak buah kesayangannya Khairil.

Maka, bila misteri kehilangan Khairun ini akhirnya terjawab timbul pula misteri yang baru. Kenapa Khairun berpindah cawangan sedangkan semua exco lain masih berada dalam cawangan lama. Mengikut sumber yang di bawa angin, tujuan sebenar Khairun berpindah ke cawangan kubu kuatnya adalah untuk bertanding sebagai Ketua Cawangan. Ini kerana Ketua Cawangan lamanya iaitu Matahari adalah Datuk Seri Tengku Adnan yang juga merupakan Ketua Bahagian Putrajaya. Takkan dia berani nak langgar Ku Nan.

Jika benar teori ini berlaku, sudah dapat diagak bahawa beliau masih gilakan jawatan sedangkan semasa beliau memegang jawatan AJK Bahagian dia tak datang ke mesyuarat pun. Apa jaminan bahawa jika beliau memegang jawatan Ketua Cawangan boleh menjamin bahawa beliau boleh menjaga cawangan dengan turun ke padang dengan kerapnya.

Gua masih menantikan langkah beliau umpama sedang bermain catur pulak apa rancangan beliau di Putrajaya.

Buat PM atau pegawai PM atau staf PMO yang monitor tulisan gua ni, bagi la nasihat kat PM agar si Khairun ni kerja elok-elok kat PMO tu. Jawatan yang disandang beliau ni bukan kecik-kecik anak, Setpol kepada PM tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers