Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 23 September 2013

Puaka Niring : Rumah Seram Seksyen 2 Dijadikan Telefilem...



Jika anda pernah belajar atau bekerja di Shah Alam, pastinya kisah seram sebuah rumah teres yang terletak di Seksyen 2 ini tidak janggal pada pendengaran anda.

Sebelum ini heboh mengatakan dua orang pelajar institut pengajian tinggi awam berdekatan meninggal dunia disebabkan kejadian aneh dan mistik yang berlaku di rumah berhantu tersebut.

Apa yang menariknya sebuah syarikat penerbitan berminat mengabadikan kisah seram yang tidak diketahui kesahihannya itu menerusi sebuah telefilem yang diarahkan oleh Amor Rizan.

Antara barisan pelakon yang membintangi kisah ini ialah Hairul Azreen dan Alif Hadi yang popular menerusi rancangan realiti Fear Factor.

Adakah ianya akan menjadi hits seperti kisah rumah berhantu itu?

Kita tunggu dan lihat sebaik sahaja ianya ditayangkan di Astro Ria nanti.

1 comment:

  1. Memain kisah seram hantu, perbomohan, khurafat dan tahyul merupakan langkah ke belakang, tidak membantu pembangunan minda masyarakat. Hiburan yg negatif.
    Bg yg jahil agama pula boleh menyesatkan kerana kepercayaan yg salah.
    Hantu, jin dan syaitan sentiasa ada di sekeliling kita, mrk mengganggu dan merasa kuat bila kita lemah dan takut, tp mrk takkan memberi kesan jika kita tidak menghiraukan mrk dan hanya berlindung semata mata kpd Allah swt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers