Jadilah Sahabat Kulaan...

Wednesday, 13 November 2013

Panas!!! "Rahsia" Mengapa "Anu" Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar…


Heboh satu Malaya mengenai majlis berkhatan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berlangsung di Rumah Bakti Ulu Klang.

Izzue Islam baru nak berkhatan? Biar betul?! Tapi memang itulah yang berlaku. Majlis berkhatan tersebut dijalankan secara tradisional bersama anak-anak yatim Rumah Bakti.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi merestui bakal-bakal 'pemuda'  dan lebih menarik lagi mereka turut diarak seperti pengantin sebelum dimandikan secara beramai-ramai.

Seterusnya Izzue dan 'rakan-rakannya' dipersiapkan dengan baju melayu segak sebelum bertemu Tok Mudim.

Haaa… percaya atau tidak? Majlis berkhatan Izzue Islam memang betul-betul berlaku!


Tapi sebenarnya ia adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan filem Hantu Tok Mudim, terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.

Izzue Islam bukan berkhatan sekali lagi sebenarnya, tetapi majlis yang berkonsepkan 'Sneak-Peak' dari filem ini bukanlah sekadar majlis promosi filem biasa tetapi turut memberi peluang kepada pihak Showbiz Production dan pelakon-pelakon filem Hantu Tok Mudim beramah mesra dan meraikan anak-anak kurang bernasib baik ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Adrea Abdullah.

Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini bermula pada 15hb November depan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers