Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 3 November 2013

Puaka Niring : Misteri Perkuburan Cina Di Bukit Choras... #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Jika anda mengunjungi perkampungan melayu Bukit Choras yang terletak dalam DUN Sg. Limau, Yan, Kedah pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana sebuah tanah perkuburan cina boleh berada di dalam kawan perkampungan melayu.

Menurut cerita penduduk setempat tanah perkuburan cina itu dibuat kerana ia lokasi paling strategik mengikut feng sui cina iaitu tanah perkuburan mestilah terletak di kaki atau kawasan bukit menghadap matahari terbit. Kawasan perkuburan itu telah ada sejak berpuluh tahun dulu lagi bermula dengan beberapa keluarga cina mendiami kawasan Sg. Limau membuka perniagaan lalu berkembang menjadi pekan kecil seperti di Pekan Simpang Tiga dan Pekan Sungai Limau sendiri.

Menurut cerita penduduk setempat itu sendiri memang kawasan tanah perkuburan cina tersebut ada cerita misterinya yang tersendiri. Menurut cerita penduduk setempat yang pernah melalui kawasan perkuburan cina itu di waktu malam sering terlihat kelibat lembaga hitam bercangkung dekat batu nisan cina.

Namun begitu, perkara-perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk Bukit Choras malah mereka sudah lali dengan usikan-usikan makhluk halus sebegini.

p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Hantu duk mencangkung? Dah tak tahan nak melepas lah tu ........kubur kuburlah janji lega!

    ReplyDelete
  2. Itulah pengundi hantu yang Anwar Ibrahim dok cari selama ni.....

    ReplyDelete
  3. Kenapa selalunya kubur Cina mesti didirikan kat kawasan kampong Melayu? Dah jadi trend di seluruh Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers