Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 1 December 2013

Pelik Tapi Benar!!! Akibat Tiada Makanan, Penduduk Syria Makan Singa???


Krisis yang melanda Syria semakin buruk dengan penduduknya kini berdepan dengan kebuluran. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja bagi mencari makanan.

Ia termasuk menyembelih singa untuk dimakan dagingnya.

Singa tersebut dipercayai  diperolehi dari zoo Al Qarya Al Shama.

Imej penduduk Syria melapah binatang tersebut kini tersebar di media massa.

Ia menunjukkan seorang lelaki memegang kepala singa berkenaan manakala dua yang lain melapah kulit dan memotong daging binatang tersebut.


Meskipun ada laporan yang menyebut bahawa mereka melapah kulit singa berkenaan untuk dijadikan kot bagi menghadapi kesejukan, namun daerah tersebut iaitu Ghouta kini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan.

Penduduk di situ terpaksa melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan bagi keluarga mereka, justeru tidak terkejut jika singa berkenaan juga disembelih untuk dimakan.

Oktober lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar makanan kepada 3.3 juta penduduk Syria.

Dengan konflik perang saudara yang sudah masuk tahun ketiga itu, keadaan di negara berkenaan semakin teruk.

Kanak-kanak membesar dalam keluarga yang berpecah belah dan mereka juga tercicir daripada pendidikan manakala bilangan kanak-kanak yang terpaksa bekerja bagi mencari sesuap nasi juga semakin meningkat.

Kini lebih dua juta penduduk Syria menjadi pelarian dan mendapatkan perlindungan di negara seperti Jordan, Lubnan, Turki dan Iraq.

Daripada jumlah berkenaan, 1.1 juta pelarian berkenaan adalah kanak-kanak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers