Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 9 January 2014

@TanSriAseh Tak Benar NGO Guna Dewan @putrajayacorp Penjelasan #KalimahAllah??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


"Salam... dijemput semua ketua masyarakat & pengerusi persatuan penduduk / kawasan rukun tetangga (krt) / surau / ngo2 dan ajk serta semua penduduk Putrajaya ke :

"Isu Kalimah Allah & Perpaduan Melayu Bersama Ustaz Nasharudin Mat Isa"


Tarikh : 8 Jan 2014 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Blok C Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) Presint 9.


Untuk makluman... pertukaran tempat bagi program mlm ini dari Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 ke Dewan Serbaguna, Blok C, Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) Presint 9 adalah kerana pihak Perbadanan Putrajaya telah menarik balik kebenaran menggunakan fasiliti Perbadanan Putrajaya atas ketidaksetujuan tujuan penganjuran. Perkara ini akan dibincangkan kemudian bagaimanapun program harus diteruskan walaupun tidak mendapat sokongan.

Mohon dipanjangkan dan diwar2kan kepada orang lain semoga Allah merahmati bantuan tuan/puan... amin"

Itu adalah sebaran sms dan wassap dari NGO yang menganjurkan satu program ilmiah sesuai dengan isu semasa yang hangat diperdebatkan sekarang ini iaitu isu "Kalimah Allah" semalam di Putrajaya. Menurut sumber yang boleh dipercayai dikatakan pertukaran tempat program penerangan isu kalimah Allah ni dilakukan kerana Perbadanan Putrajaya (PPJ) mendapat arahan dari pihak atasan untuk tidak membenarkan NGO tersebut menggunakan dewan serbaguna atas alasan yang tak masuk di akal iaitu ia hanya boleh digunakan oleh komuniti sahaja bukan NGO.


Untuk makluman korang yang baca ni, NGO ini juga merupakan NGO Putrajaya dengan penganjurnya dari kalangan pemimpin masyarakat dan penduduk Putrajaya juga. Yang aneh bin ajaibnya alasan tak masuk akal ni khas untuk majlis penerangan isu kalimah Allah yang akan disampaikan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan ceramah politik.

Gua punya banyak bukti yang dewan serbaguna yang sama juga banyak digunakan oleh NGO-NGO lain untuk pelbagai program termasuk program politik. Boleh pulak diberi kebenaran guna dewan. Tapi bila ada NGO nak guna untuk perkara berkaitan Islam seperti isu Kalimah Allah tak boleh pulak.

Gua menuntut penjelasan Presiden Perbadanan Putrajaya tak pun pegawai-pegawai PPJ atas alasan apa pada awalnya diberikan kebenaran menggunakan dewan tetapi 3 4 jam sebelum majlis tetiba pihak PPJ menarik balik kebenaran menggunakan dewan serbaguna tersebut.

Dari khabar angin orang dalam PPJ kata sebab utama PPJ menarik balik kebenaran di saat akhir kononnya majlis penerangan isu kalimah Allah ini adalah majlis penerangan Isu Pembukaan HardRock Cafe. Hilang akal ker PPJ ni.


p/s : pssssssttt!!! betul ker arahan tarik balik guna dewan tu arahan Aseh sebab bengang ngan memo bantahan pembukaan HardRock Cafe yang NGO hantar tu... eeeeeeeeeee pendendamnya Presiden PPJ ni kan... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers