Kematian singa berusia 18 bulan yang dipanggil Michael itu membuatkan aktivis haiwan kian bising dan meminta siasatan mendalam dilakukan di zoo terlibat.
Hal ini kerana antara bulan Julai hingga September tahun lepas sahaja, lebih 40 haiwan dilaporkan mati di zoo itu.
Antaranya termasuk seekor zirafah yang didapati menelan plastik seberat 20 kilogram dalam perutnya serta seekor harimau yang mengalami pereputan usus selepas diberi makan daging bercampur bahan kimia.
Haiwan-haiwan di Zoo Surabaya turut dilaporkan berada dalam keadaan menyedihkan.
Malah nasib sebilangan haiwan di sana menimbulkan simpati pengunjung seperti gajah yang dipakaikan gelang di kaki, unta yang terlalu kurus dan harimau yang diletakkan dalam kandang kecil.
Tambah menimbulkan kemusykilan, bangkai singa yang mati tergantung telah diturunkan oleh pihak zoo dan disembunyikan hingga bedah siasat tidak dapat dibuat.
Sementara itu, jurucakap zoo menafikan bahawa kematian berpunca daripada kecuaian sebaliknya memberikan alasan pada usianya singa tersebut gemar bermain dan itu mungkin menjadi puca lehernya terjerut kabel hingga mengakibatkan kematian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment