Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.... pecah perut gua woi.... *sambilguling2...
Ini satu lagi lawak jenaka dari pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, Anwar Al Juburi apabila dengan tiba-bila keluar dengan sitcom baru bertajuk "satay". Takda angin takda ribut tetiba pemimpin kanan PKR ni rakus dengan jawatan sebagai Adun sedangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh serta sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Beliau paksa Adun Kajang letak jawatan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Adun seterusnya memudahkan lagi misi orang tua ji nak menjadi Menteri Besar Selangor. Tapi ada orang tanya aku kenapa mesti di Kajang. Jawapan aku mudah saja, kerana Kajang adalah kubu kuat Pakatan dengan majoriti berbelas ribu sebab itu Amwar melihat di Kajanglah kawasan paling selamat dan cerah untuk beliau menang seterusnya meneruskan misi rakusnya yang gila jawatan.
Ini semua kerja gila yang berlaku kerana disebabkan seorang individu yang terlalu obses mahu menjadi PM. Tak dapat jadi PM jadi MB pun jadilah janji jadi ketua. Hakikatnya ahli-ahli PKR hanya menjadi barua dan alat untuk Anwar memuaskan nafsu politiknya dan ingin meneruskan dendam lamanya yang amat marahkan Umno kerana Umno dan kerajaan memecat beliau ketika cuma tinggal satu tangga lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama dari wakil Pembangkang.
Kesan dari tindakan gila isim Anwar ini turut mengheret komponen lain dalam Pakatan seperti DAP dan Pas yang hanya menjadi macai kepada PKR dan Anwar. Pandangan ini juga disuarakan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya, Dewan Pemuda Pas sZselections yg gua nyatakan sebelum ini (KLIK SINI UNTUK CERITA PENUH).
Tanpa membuang masa Anwar terus menukar alamat dalam kad pengenalan beliau semalam ke alamat dalam kawasan Kajang demi menjustifikasikan untuk beliau bertanding. Namun hasrat utama Anwar mahu bertanding adalah untuk membela nasib satay kajang yang semakin mahal. Kalo dulu baru 50 sen secucuk tetapi hari ini dah 70 sen secucuk.
No comments:
Post a Comment