Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 26 June 2014

Ahli Parlimen Bera Meraikan Guru-guru Sempena Hari Guru 2014... @IsmailSabri60 #DSIS


Malam ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Majlis Daerah Bera telah diadakan "Sambutan Hari Guru 2014" peringkat daerah Bera. Sambutan kali ini bertema "Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi" yang dihadiri oleh guru-guru dalam Parlimen Bera. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kira-kira 500 orang guru dari sekolah sekitar Parlimen Bera hadir yang terdiri dari pelbagai aliran sekolah dan guru dari pelbagai bangsa jelas memperlihatkan suasana harmoni 1Malaysia.

Dalam ucapan beliau menekankan peri-pentingnya kombinasi peranan guru, ibubapa dan PIBG serta pemimpin setempat seperti Ahli Parlimen bersama-sama membangunkan pembangunan pendidikan di Bera meskipun jika terdapat perbezaan ideologi politik. Beliau juga menekankan bahawa perbezaan fahaman politik bukanlah sebagai penghalang kepada beliau untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG.

Beliau juga berkongsikan pengalaman betapa bangganya beliau sebagai Ahli Parlimen apabila sidang parlimen mengumumkan pelajar cemerlang STPM anak orang asli datangnya dari Bera. Begitulah juga perasaan guru dan ibubapa jika anak didik mereka berjaya dalam bidang akademik. Beliau berharap agar gandingan guru, PIBG dan pemimpin kawasan dalam parlimen Bera tanpa mengira perbezaan fahaman ideologi politik agar dapat bersama-sama berusaha agar taraf akademik pelajar dapat ditingkatkan dan menjadikan daerah Bera sebagai daerah terbaik dalam segi akademik dan ko-kurikulum.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers