Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 26 June 2014

Boleh Kaya Dan Berjaya Dengan Hanya Tanam Cendawan??? @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Sebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi di mana tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Kerajaan amat prihatin terhadap tahap pengeluaran hasil pertanian negara pada masa ini. Kerajaan juga serius untuk menjadikan negara sebagai pengeluar makanan yang dapat menampung keperluan sendiri dan eksport. Berdasarkan statistik tahun 2011, negara mengimport bahan makanan bernilai RM34.4 billion dan mengeksport bahan makanan bernilai RM20.5 billion. Akibatnya negara menghadapi defisit imbangan perdagangan sebanyak RM13.9 billion. Hal ini bukan sahaja merugikan negara dari segi pertukaran wang asing, malahan boleh menjejaskan sekuriti makanan negara.

Adalah difahamkan bahawa industri cendawan mempunyai prospek yang cerah di mana pengeluaran cendawan dalam negara hanya 16% sahaja manakala bagi memenuhi keperluan sebenar cendawan dalam negara sebanyak 84% lagi adalah diimport dari luar negara. Justeru itu, komoditi cendawan mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk diceburi oleh golongan belia/muda yang berminat menjadi usahawan muda cendawan berdasarkan permintaan terhadap cendawan yang semakin meningkat di pasaran tempatan sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk serta penggunaan per kapita yang semakin meningkat (anggaran 2.4 kilogram/orang pada tahun 2020).


Oleh itu, industri cendawan negara perlu diberi nafas baru bagi tujuan pembangunan yang lebih mampan, cepat dan pesat. Kejayaan industri cendawan amat bergantung kepada usaha R&D yang dijalankan secara berterusan bagi menghasilkan benih tisu kultur yang berkualiti dengan banyak di samping penggunaan mekanisasi & automasi. Pengeluaran cendawan mengikut jenis pula perlu diberi fokus kepada jenis yang berkualiti dan berhasil tinggi. Antara jenis-jenis yang mendapat perhatian pengusaha tempatan di Malaysia seperti Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera/Black Jelly, Shitake, Butang Putih & Perang dan Ganoderma.

Justeru itu, satu Pakej Projek Agropreneur Muda Cendawan telah disediakan oleh Jabatan Pertanian dan diperkenalkan oleh Unit Agropreneur Muda, MOA khusus untuk golongan muda yang akan dilancarkan pada hari ini. Pakej tersebut, menawarkan kepada usahawan untuk mendapat pendapatan yang lumayan melalui dua (2) buah rumah cendawan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyediakan dana 30% bagi membantu usahawan cendawan memulakan Pakej Projek tersebut dan sumber pinjaman akan disediakan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank tanpa cagaran. Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Jabatan Pertanian sebagai peruntukan tambahan setiap tahun untuk tujuan pengeluaran benih cendawan di empat (4) makmal yang sedang beroperasi di Negeri Johor, Kelantan, Kedah dan Selangor. Ini adalah bertujuan supaya industri cendawan dapat berkembang dengan cepat dengan adanya bekalan benih yang berkualiti.



Sehingga kini, Jabatan Pertanian telah pun mengeluarkan Persijilan SOM kepada 9 Syarikat dan Persijilan MyGap kepada 22 Syarikat yang menjalankan perusahaan cendawan di Malaysia. Oleh itu, cendawan yang dikeluarkan dalam negara juga mempunyai potensi yang tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui aktiviti tambah nilai dengan pembangunan produk-produk baru cendawan serta aktiviti pemprosesan di samping jualan cendawan segar di pasaran tempatan. Rantaian produk cendawan pada masa kini amat luas seperti produk minuman, produk makanan segera/ringan, produk kosmetik & terapi diri, produk makanan kesihatan dan juga produk baja organik serta kompos hasil kitar semula beg media terpakai.

Justeru itu, Generasi Y atau golongan-golongan muda belia terutamanya supaya merebut peluang yang sedang disediakan oleh kerajaan hari ini jika kita ingin terus maju ke hadapan dan menyumbang kepada diri sendiri dan negara amnya. Pakej yang disediakan tersebut merupakan peluang keemasan di mana segala kemudahan digabungkan dalam satu pakej khas yang disediakan oleh UAM.





 











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers