Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 26 July 2014

@Ismail_Sabri60 Tiada Aduan Kekurangan Bekalan Keperluan Raya Diterima???


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menerima sebarang laporan atau aduan mengenai kekurangan bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui pemantauan yang dilakukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di semua premis perniagaan seluruh negara mendapati keadaan adalah terkawal setakat ini.

Beliau berkata kementerian telah membuat perancangan rapi dan lebih awal bagi mengelak daripada berdepan sebarang masalah dalam memenuhi permintaan bekalan seperti beras, ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

"Kita sentiasa pantau bekalan dan tahun ini kita bersedia lebih awal misalnya sempena puasa dan raya ini kita tambah 10,000 ekor lagi jumlah import lembu dan itu tidak termasuk lembu dari dalam negara.

"Ayam pula walaupun di negara kita mencukupi, kita buka juga kepada pengimport kalau tidak cukup kita akan bawa dari luar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Aidilfitri di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dan Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Program jualan khas anjuran Fama itu membabitkan 547 pasar tani seluruh negara dan diadakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan mentah dan produk siap seperti lemang, rendang dan kuih-muih sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Beroperasi selama empat hari bermula Khamis, pasar itu menawarkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran serta melibatkan 32 barangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ayam proses, ikan laut dan ikan air tawar di bawah program Jimat Belanja Dapur.

Pada majlis sama Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 110 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Puchong dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Solihin, Banting. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers