Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 19 September 2014

121 Ketua Bahagian Boikot PM @NajibRazak??? Satu Fitnah Blogger SyedsOutsideTheBox!!!


Kelakar!!! Memang kelakar dengan kenyataan tulisan blogger SyedsOutsideTheBox bila menyebut dalam tulisan artikelnya bahawa HANYA 90 Ketua Bahagian UMNO yang berjumpa Perdana Menteri bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri manakala 121 Ketua Bahagian daripada 191 Bahagian UMNO seolah-olah mahu Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri turun dari jawatan Presiden UMNO termasuk jawatan Perdana Menteri seperti kenyataan beliau di bawah : SILA KLIK SINI untuk melihat kenyataan penuh beliau...

Yesterday I received this sms :
"The meeting on 28th (Aug), UMNO HQ. It seems dari 191 about 90 came..."
This was talk going around that Najib as president of UMNO had called for a meeting with 191 Ketua Bahagian UMNO. However only 90 Ketua Bahagian turned up for the meeting. This was a big slap in the face for Najib. It means it is time for him to leave.
Ini satu fitnah tanpa bukti yang kukuh benarkah yang hadir bertemu Presiden UMNO hanya 90 orang sahaja yang hadir. Namun angka ini berubah pula menjadi semakin kurang dengan hanya 70 orang pula Ketua Bahagian yang hadir. Dah "short" 20 orang plak. Makin pelik "kekencingan" angka yang diberikan oleh blogger ni. 

And this morning's news was that yes Najib did call for a meeting with 191 Ketua Bahagian. But only about 70 turned up. Not 90.
And out of the 70 or so who turned up, not all were Ketua Bahagian. Some were just AJK Bahagian on a junkie trip to KL.

This means less than 70 Ketua Bahagian turned up for a meeting with the party president.
Maknanya daripada 191 Ketua Bahagian UMNO yang ada hanya 70 sahaja yang hadir bertemu dengan Najib untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Najib. Namun setelah diselidiki kebenaran fakta yang dikemukakan oleh blogger ini rupanya telah dijawab oleh blogger Sangkakalajari9 melalui tulisan beliau SILA KLIK SINI yang menjelaskan angka yang sebenar dan bagaimana blogger SyedsOutsideTheBox cuba memutar-belitkan fakta sebenar sebenar dan cuba membuat fitnah dengan niat untuk memburukkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri. Di bawah ini adalah jawapan kepada fitnah blogger yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi atau ada "tangan-tangan ghaib" di belakang beliau.
Jawapannya ialah tidak sama sekali kerana orang yang mengatur pertemuan itu sendiri mengesahkan bahawa 170 orang ketua bahagian dari 191 bahagian menghadirkan diri.
Apa semua ni bro? Nak pecah belahkan UMNO ke atau nak cari publisiti lebih?
Siapa yang kata cuma 70 yang hadir tu atau spekulasi semata mata untuk memberikan persepsi buruk keatas Perdana Menteri?
Jelas sekali maklumat yang diterima tidak tepat. Fakta yang sebenarnya adalah seramai 170 Ketua Bahagian yang hadir bertemu Najib dan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada tampuk kepimpinan Najib bukan 70 seperti yang didakwa. Nampak sangat angka 1 yang mewakili 100 tu "sengaja" disembunyikan. 

Seperti maklumat yang diterima, pertemuan Ketua-ketua Bahagian UMNO ini adalah atas inisiatif mereka sendiri yang mahu berjumpa Najib bagi menyatakan sokongan terutama dalam "isu Tun M" dan antara pesanan Najib meminta ahli UMNO terus menghormati Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir  dan jangan melakukan sesuatu yang boleh merugikan parti.

Dan jika fakta angka 170 ini benar dan bukan seperti mana yang didakwa oleh blogger tersebut, maka semua ahli UMNO haruslah mendesak penulis tersebut memohon maaf kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan bertanggungjawab atas penulisan beliau yang berbaur fitnah kepada Najib.

p/s : "terlajak perahu boleh diundur... terlajak menulis sendiri mau ingat..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers