Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 4 December 2012

Tun M & Tun Siti Hasmah Buat Kejutan Di #TeaterTunSitiHasmah????... @Erma_Fatima @UmieAida @lisasurihani @tunfaisal






Semalam bertempat di Istana Budaya KL telah berlangsungnya persembahan hari terakhir pementasan teater Tun Siti Hasmah.

Teater yang dibarisi pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Eja, Lisa Surihani, Esma Daniel, Nazim Othman, Azizah Mahzan, Syanie, Mahmud, Ali Basha, Radhi Khalid dan dibantu oleh krew-krew yang berpengalaman menjadikan teater ini antara teater mesti tengok serta amat bermakna buat rakyat Malaysia.

Teater ini diarahkan oleh pengarah terkenal tanahair, Erma Fatima yang amat mengagumi ketabahan dan kekuatan seorang insan bergelar isteri Perdana Menteri ke-4 Malaysia.

Melalui pementasan teater ini kita dapat mengenali siapa Tun Siti Hasmah sebenarnya. Bermula dari saat mereka berjumpa, bercinta, menempuh saat suka duku ketika Tun M dipecat daripada UMNO, masuk semula UMNO, menjadi Menteri seterusnya menjadi Perdana Menteri. Betapa tabahnya hati seorang isteri mengharungi hidup sebagai ibu dan isteri kepada seorang pemimpin utama negara.

Bagaimana 'struggle' dan komitednya beliau terhadap usaha-usaha kemanusiaan terutama scene beliau pergi ke Iraq yang selama ini tidak semua ketahui. Scene yang amat mengejutkan ketika beliau diminta berjumpa Presiden Iraq, Saddam Hussein ketika beliau menjalankan misi kemanusiaan di Iraq.

Benarlah kata pepatah inggeris "in every mans back is a women". Jika sebelum ini kita mengagumi Tun M sebagai 'Bapa Pemodenan Malaysia', tapi kini Tun Siti Hasmah layak digelar Srikandi Malaya.

Amatlah diharapkan agar pementasan teater ini dapat diperluaskan lagi keseluruh negara agar mesej dan tauladan baik ini dapat diambil seterusnya dikutip oleh orang lain sebagai pedoman hidup.

Kak Erma Fatima selaku pengarah teater ini harus membawa mesej teater ini ke seluruh negara agar rakyat Malaysia mengetahui siapa sebenarnya TUN SITI HASMAH...

Selamat ulang tahun ke-57 perkahwinan Tun Mahathir (Che Deq) dan Tun Siti Hasmah (Mah) daripada Kulaan Niring...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 3 December 2012

Gadis Mengaku Hilang Dara Di Twitter????...





Beberapa minggu lalu, Mynewshub.my ada menyiarkan kisah seorang gadis yang 'menggila' di laman sosial Twitter dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.

Ini ada lagi satu kisah, seorang gadis muncul di laman yang sama dengan cara 'menggila' juga.

Tetapi, tindakan si gadis itu boleh dikatakan di tahap 'meroyan' di mana dia telah mengaku sesuatu yang tidak sepatutnya kepada umum.

Pada 29 November lalu, seorang gadis telah memuat naik status di Twitternya mengatakan dia sudah tidak ada dara!

Astaghfirullah!

(BACA: Fesyen Bertudung Kategori Sewel?)

(MENARIK – KLIK – BACA – GAMBAR: Jennifer Lopez..Sebelum Dan Ketika Konsert Di Kuala Lumpur )

Kenyataannya itu memang diakui dirinya sendiri.

Gadis itu merasa terlalu kecewa dan sakit hati kerana teman lelaki yang bernama 'Haziq' telah meninggalkan dirinya selepas 'daranya' hilang.

Agaknya, selepas 'daranya' hilang, si gadis itu cuba untuk menghubungi kekasihnya namun tidak berjawab.

Dan mungkin juga tiada cara lain untuk dia meluahkan rasa kecewa dan sedih melainkan menggunakan Twitter sebagai tempat utama misi 'meroyannya'.

Secara tiba-tiba juga, gadis itu yang tidak begitu ramai pengikut atau 'follower', jumlah followersnya telah meningkat dalam masa yang singkat.

Ramai yang cuba untuk memberi nasihat dan tidak kurang juga yang telah mengutuk dirinya.

Namun, gadis itu tidak peduli dengan kata-kata dan pandangan orang ramai kepada dirinya.

'Kisah' dia yang hilang dara itu telah ditweet hinggakan menjadi trending, #AkuTiadaDara dan memenuhi Timeline Twitter pada malam itu.

Nampaknya, kemudahan teknologi yang ada disalah gunakan lagi oleh masyarakat di Malaysia.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Memali





[Panas] @KhairyKJ Tidak Mengiktiraf UMB Masa #PAU2012????... @tunfaisal @razlanrafii



YB Khairy Jamaluddin meluangkan masa untuk melawat booth UMB di Laman Media semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU2012) di PWTC serta memberi ulasan mengenai prestasi UMB dalam menerajui media sosial serta berperanan menyampaikan maklumat yang terkini, betul serta menyerang kembali persepsi salah dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang...

Sunday, 2 December 2012

#PAU2012 : Ahli UMNO Hanya Layak Ke Neraka...


RAMAI mengeluh dengan kelantangan Pengerusi Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya 'membelasah' kepimpinan Pakatan Rakyat, terutama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam persidangan UMNO 2012 lepas.

KN tidaklah menyaksikan secara langsung ucapan tersebut tapi dimaklumkan, Fathul Bari tidak setakat 'membahasakan' pemimpin agama yang jauh lebih tua melalui ucapannya, malah dia juga pergi lebih jauh dari itu dengan menayangkan kembali rakaman TV3 temuramah wartawan dengan Nik Aziz berhubung kenyataannya yang membawa maksud ahli-ahli UMNO sebagai kafir dan murtad.

Pada pandangan KN, tidak salah kalau Fathul Bari nak menyebutkan perkara tersebut sebab memang itulah kenyataannya (UMNO parti murtad dan kafir).

Ia jelas bertujuan menjatuhkan maruah dan imej Nik Aziz sebagai pemimpin ulung dalam PAS.

Adakah ini contoh yang cuba diberikan ilmuwan agama muda dalam UMNO?…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers