Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 22 January 2013

Tun Siti Hasmah Bertudung Litup Kini???...


Sekeping gambar yang siarkan fanpage "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad" (http://www.facebook.com/ILOVETUNM) memperlihatkan keadaan terkini pasangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Apa yang menarik perhatian para pengunjung fanpage berkenaan ialah penampilan Dr Siti Hasmah yang kini kelihatan bertudung penuh.

Antara komen itu ialah;

- Alhamdulillah, gembira dengan perubahan datin.. Semoga berbahagia selamanya

- dah pakai tudung ? yay !

- Tun dm ngn bini dye ke tu?? laen la bini die pakai tudung..pape pon alhamdulillah dan terbaekkkk…. .

- mudah2an Tun Siti Hasmah kekal bertudung.. insyaallah

Itu adalah antara sebahagian komen yang diberikan para pengunjung.

Secara umum, semua mereka mendoakan yang terbaik untuk pasangan romantik berkenaan.

Semoga Tun Mahathir dan isteri sihat sentiasa dan dirahmati Allh SWT…Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 21 January 2013

Gadis Akan Bersetubuh Jika Dapat 1 Juta ‘Like’???...


Seorang lelaki dari Norway telah menyahut cabaran teman wanitanya semata-mata mahukan wanita itu mengadakan hubungan seks dengannya.

Wanita berkenaan berjanji akan bersetubuh dengan teman lelakinya jika gambar mereka mendapat 1 juta 'like' di Facebook.

Cabaran itu berakhir selepas hanya 18 jam dimana butang 'like' di Facebook telah ditekan sehingga nilai 1 juta kali!

Gambar yang perlu di 'like' itu memaparkan gambar teman lelakinya memegang kertas bewarna kuning dengan tulisan 'Cathrine says that if I can get 1 million 'likes' she will have sex with me. Please share and like".

Macam-macamlah… Jangan Malaysia menjadi ikutan sudahlah ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerajaan Pas Kelantan Goyang Dengan Janji PM... @Mustapa_Mohamed


Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya.

Tok Pa memberi pandangan selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari PM.

Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan PM itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini.

Tujuh projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 20 January 2013

Biar Betul Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin???


BELANDA – Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat "Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit," .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti'.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What's Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar...


**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang wartawan Mynewsub yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.

Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!

Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.

Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.

Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat.

Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.

Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers