Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 5 June 2013

[18SX] Lelaki Terkejut Doktor Beritahu Dia Sebenarnya Wanita!!!


HONG KONG – Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.

Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.

Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .

Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.

Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.

Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.

Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.

"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.

"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. – AFP
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelik Tapi Benar!!! Kambing Jadi "Kambing Hitam" Bila Ditahan Polis???


CHENNAI – Polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda baru, di sini.

Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.

Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.

Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.

"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.

Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. – Al-Jazeera
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siri 1 : Anak Buah Khairun Aseh Pun Macam Bos Dia Gak... Janji Dicapati!!!


Mesti korang pelik naper tajuk artikel gua nie ada sangkut menyangkut dengan Khairun lagi. Kali nie pasal anak buah dia plak janji dicapati macam yang biasa bos dia, Khairun dok buat.

Semalam ketika sedap berborak dalam group wassap sahabat-sahabat gua yang tinggal dalam Putrajaya menyembang pasal cerita Khairun yang makin hangat di dunia bloggesfera tetiba ada seorang sahabat yang mengaku agak rapat ngan Khairun. Dalam perbualan tu si polan ni cuba mempertahankan kononnya si Khairun nie baik orangnya dan itu semua salah faham sebab ramai yang kononnya tak mengenali Khairun yang bergelar Dato' nie lalu mengajak untuk berjumpa agar si polan nie dapat memberi penjelasan siapa Khairun sebenarnya.

Lalu jemputan untuk bertemu empat mata dibuat dan lokasi pertemuan adalah di IOI Putrajaya (hotel tu la...). Bukan gua saja dijemput malah si polan tu membuat tawaran sekali agar dijemput 3 4 orang KPC (Ketua Pemuda Cawangan). Yang gua hairan apasal dia offer suruh jemput 3 4 orang KPC??? Gua cakap kat si polan nie yang gua tak biasa ngan hotel-hotel nie. Kalo mamak tu biasa ler dan persetujuan dicapai untuk bertemu keesokan pagi iaitu pagi nie la.

Apa kesudahan episod gua berjumpa si polan yang kononnya baik dengan Khairun sampai ikut Khairun skali pi Lombok bawak balik pompuan Malaysia lari kat sana... Nantikan episod kedua esok plak...

p/s : gua pemuda Putrajaya heran masa Pemuda Putrajaya sibuk susah payah bertempur ngan macai Husam Masam sepanjang tempoh berkempen takda plak nampak batang hidung si Khairun nie... Puas gua tanya kat orang lain... Jawapan yang sama... "Tak nampak ler batang hidung dia..."

Seolah-olah si Khairun nie nak sabotaj calon Putrajaya iaitu Tengku Adnan bila tak turut sama turun membantu beliau berkempen. Dah la tu, ko tu Khairun ahli UMNO cawangan Matahari cawangan Ku Nan, AJK Bahagian, AJK Pemuda Bahagian tapi masa tempoh berkempen takda kat kawasan. Nie ker ciri pemimpin yang Pemuda Putrajaya nak jadikan ketua...


Aleh-aleh ada hati nak jadi Ketua Pemuda Putrajaya dengan bersandarkan kononnya dia jadi Setpol PM. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Gempar!!! Penumpang Air Asia Dakwa Telinga Hampir Pekak??? @airasia @tonyfernandes


Seorang penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk 'mengejar masa'.

Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan 'tekanan' yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Tuesday, 4 June 2013

VIDEO: Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Mengenai Kelebihan ‘Bermadu’???



USTAZ Azhar Idrus baru-baru seperti yang kita tahu telah melangsungkan pernikahannya untuk kali ketiga.

Seperti yang dijangka, tindakannya itu mengundang kritikan yang bukan sedikit terutama dari golongan wanita.

Bagaimanapun, dalam salah satu siri ceramahnya, Ustaz Azhar ada menyentuh mengenai kelebihan ‘bermadu’.

Katanya, boleh marah suami nak kahwin lagi, tapi janganlah marah hukum syarak.

Jom kita layannnnn……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers