Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 9 October 2013

Puaka Niring : Bila ‘Mangsa’ Kenakan ‘Hantu’ Ballerina???


Sesuatu yang kami dapati agak melucukan dari laman web Stomp Straits Times, hari ini.

Salah seorang pembaca yang dikenali sebagai Koh telah berkongsi gambar dan cerita yang menarik mengenai sebuah parti Halloween yang diadakan di Sentosa, Singapura.

Ceritanya, semasa parti tersebut berlangsung sekitar tengah malam, seorang gadis telah menghias dirinya umpama 'hantu' ballerina dan berjalan sambil merenung tajam tetamu yang hadir.

Biasanya, sesiapa yang direnung sebegitu akan berasa sedikit takut dan mengalihkan pandangan mereka, namun berbeza pula dengan seorang tetamu lelaki yang 'degil'.

Dia sebaliknya membalas renungan 'hantu' itu tanpa mengalihkan sedikit pun pandangannya.

Ia sekaligus menimbulkan kelucuan di kalangan tetamu yang segera merakam gambar itu.

Pendek kata, hantu pula yang terkena kali ini!

Oleh: ELZA MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Bodoh Punya Budak Bangga Tunjuk Gambar ‘BEROMEN’ Kat Facebook!!!


APALAH nak jadi dengan remaja sekarang.

Ini adalah 'printscreen' satu akaun Facebook mengenai bagaimana sepasang kasih dengan bangganya meletakkan gambar mereka dalam keadaan intim untuk tatapan ramai.

Mereka seolah-olah 'teruja' dengan kelakuan yang cukup hina itu.

Kita tidak tahu sejauh mana hubungan yang terjalin di antara kedua-duanya – mungkin juga mereka dah bergelar suami isteri namun ia bukan lesen untuk menujukkan rahsia 'bilik tidur' mereka untuk tujuan perkongsian ramai.

Anda nilailah sendiri…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahli MT Bukan Menteri Dapat Bantu Gerak Kerja Parti - Tun Faisal @NajibRazak @tunfaisal


Ahli MT bukan menteri dapat bantu gerak kerja parti - Tun Faisal


KUALA LUMPUR: Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat bahawa kehadiran anggota MT yang tidak terikat dengan pentadbiran kerajaan ataupun Parlimen adalah penting kerana ia memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.


Jelas beliau yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia, ahli yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan mahupun Parlimen boleh membantu mengisi kekosongan vakum yang tidak dapat diisi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

"Untuk bertemu dengan rakyat... untuk berhadapan dengan pembangkang dan juga untuk melaksanakan program di peringkat gerak kerja parti secara berterusan dan berkesan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya sama ada ahli MT yang terlalu ramai dalam pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen merupakan satu kelemahan kepada parti, beliau berkata perlu ada keseimbangan di antara kedua-duanya.

Monday, 7 October 2013

Tolong Sebarkan!!! Honda Civic TypeR Kena Rembat Kat Putrajaya!!! @PDRMsia @KLroadblock @KLTrafik


Kereta member aku hilang dekat putrajaya...

Honda Civic TypeR tahun 2008/10

No plate WTR 996

Warna Putih

Hilang di Depan Putrajaya Central berhampiran balai bomba jam 1500H 6hb Oktober 2013

Gambar kereta seperti di atas... Jika ada sesiapa nampak sila laporkan ke pihak polis atau balai polis berdekatan. Atau boleh call owner 014-6352771...

Mohon sebarkan kepada orang lain...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers