Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 30 June 2014

Sebarkan!!! Bantulah Adik Firdaus OKU Yang "Viral" Baru-baru Ni....


Sempena kehadiran bulan Ramadhan al mubarak ini sama-samalah kita melakukan amal ibadah agar mendapat keberkatan Allah swt. Jika kita punya rezeki lebih kurniaan ilahi eloklah kita bersedekah membantu insan lain yang sangat memerlukan bantuan kita.

Negara digemparkan dengan cerita mengenai anak OKU yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cerita mengenainya boleh kita baca di dada2 akhbar. Cuma kali ini bukan "story" dia yang saya ingin kongsikan cuma memohon rakyat Malaysia yang perihatin dan dermawan membantu adik Firdaus dengan menyumbang sekadar mampu terus ke akaun miliknya bukan ke akaun pihak ketiga.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun miliknya :

Nama : Mohammad Firdaus bin Dullah
Akaun : Tabung Haji
No akaun : 010602000453616

Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai dan semoga Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

Maklumat Lanjut SILA KLIK SINI

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kehadiran Isteri PM, Rosmah Mengembirakan Hati Adik Firdaus OKU!!! @NajibRazak


Pagi ini bertempat di Wad Kanak-kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan rombongan dari BAKTI telah sudi meluangkan masa menziarahi adik Muhammad Firdaus anak OKU yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila berita anak kecil ini yang menderita dikurung oleh keluarga beliau diselamatkan oleh pihak Imigresen dan cerita mengenai beliau menjadi viral di media arus perdana dan media sosial.

Dalam kesempatan ini Datin Seri Rosmah meluangkan masa yang agak lama beramah mesra dan bermain dengan adik Firdaus yang dikhabarkan telah naik berat badannya sebanyak 2.3 kg semasa dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Kesihatan dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kehadiran Datin Seri Rosmah juga diiring oleh ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri pemimpin negara. Dalam "PC" beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjaga adik Firdaus ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Kesihatan yang menjaga adik Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban seterusnya kepada semua pihak media yang membantu.

Sunday, 29 June 2014

Kah Kah Kah Kah!!! Video Pemandu Paling ‘Gigih’ Keluar Parking...





gua bukanlah orang yang ‘expert’ dalam bab-bab keluar masuk parking ini lantaran belum cukup otai dalam bidang pemanduan.

Tetapi, selepas menonton video yang baru dimuatnaik beberapa hari lalu di laman YouTube ini, nampaknya ada yang berganda-ganda lagi teruk rupanya.

Rakaman selama 4:03 minit melalui kamera litar tertutup di kawasan tempat letak kereta ini menyaksikan betapa bersusah-payahnya seorang pemandu untuk keluar dari kawasan itu.

Secara logiknya, tidaklah sesukar mana pun untuk keluar dari petak parkingnya sebelum itu, tetapi mungkin kerana tidak yakin dia memutar sterengnya ke arah yang salah.

Akibatnya, benda yang senang jadi susah berganda-ganda.

Dia terpaksa berhadapan dengan ruang yang sempit bagi ‘mengeluarkan’ keretanya sebelum usahanya itu berjaya kira-kira empat minit kemudian. Gigih!

Nasib baiklah ia bukan di kawasan parking yang sibuk, kalau tidak pasti ada yang naik angin.

Saturday, 28 June 2014

37 Orang Sahaja Hadiri Taklimat #GST Anjuran Pejabat Bahagian Putrajaya??? @NajibRazak @AhmadMaslan



Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Hanya 37 orang yang hadir ke Program Penerangan Isu-isu Semasa GST yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya malam ini. Menurut sumber Pejabat Bahagian UMNO mensasarkan kehadiran 150 orang dan lebih yang akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Bahagian Putrajaya. 

Menurut maklumat dalaman, di bawah ini adalah pecahan kehadiran taklimat malam ini. 

Pegawai Kastam - 4 orang
KPDNKK - 2 orang
Ketua Cawangan - 5 orang

*agak-agak berapa baki orang Putrajaya yang datang agaknya...

"Salam semua, 
Prog Penerangan isu-isu semasa- GST.

Majlis akan diadakan hari ini Jumaat 27/6/2014 di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Blok 1 Aras 1 Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Jam 8.00 malam.

Sila war-warkan. 
Anjuran Pejabat Parlimen Bahagian Putrajaya"

Yang menjadi persoalan di sini, kenapa program anjuran Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya ini tidak mendapat sambutan daripada AJK Bahagian serta AJK Sayap seolah-olah majoriti kepimpinan Bahagian memberi isyarat sesuatu kepada Ketua Bahagian yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri Wilayah. Adakah ini salah satu permulaan kepada satu gerakan yang memberi "tanda" kepada Ketua Bahagian Putrajaya agar memandang serius dengan apa yang berlaku dalam Bahagian Putrajaya.

Kenapa kepimpinan dalam Putrajaya tidak memberi kerjasama kepada Ketua Bahagian Putrajaya terutama dalam isu peringkat nasional ini? Program penerangan mengenai GST bukanlah sesuatu yang kecil dan boleh dipandang enteng kerana Bahagian Putrajaya adalah nadi kerana ia sebagai Pusat Pentadbiran Malaysia yang didokongi oleh Barisan Nasional dan UMNO sebagai tunjangnya.

Kalo kata gua kencing or cuba menabur fitnah biarlah "gambar yang berbicara"......









p/s : "pictures speak a thousand words......

Thursday, 26 June 2014

Ahli Parlimen Bera Meraikan Guru-guru Sempena Hari Guru 2014... @IsmailSabri60 #DSIS


Malam ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Majlis Daerah Bera telah diadakan "Sambutan Hari Guru 2014" peringkat daerah Bera. Sambutan kali ini bertema "Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi" yang dihadiri oleh guru-guru dalam Parlimen Bera. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kira-kira 500 orang guru dari sekolah sekitar Parlimen Bera hadir yang terdiri dari pelbagai aliran sekolah dan guru dari pelbagai bangsa jelas memperlihatkan suasana harmoni 1Malaysia.

Dalam ucapan beliau menekankan peri-pentingnya kombinasi peranan guru, ibubapa dan PIBG serta pemimpin setempat seperti Ahli Parlimen bersama-sama membangunkan pembangunan pendidikan di Bera meskipun jika terdapat perbezaan ideologi politik. Beliau juga menekankan bahawa perbezaan fahaman politik bukanlah sebagai penghalang kepada beliau untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG.

Beliau juga berkongsikan pengalaman betapa bangganya beliau sebagai Ahli Parlimen apabila sidang parlimen mengumumkan pelajar cemerlang STPM anak orang asli datangnya dari Bera. Begitulah juga perasaan guru dan ibubapa jika anak didik mereka berjaya dalam bidang akademik. Beliau berharap agar gandingan guru, PIBG dan pemimpin kawasan dalam parlimen Bera tanpa mengira perbezaan fahaman ideologi politik agar dapat bersama-sama berusaha agar taraf akademik pelajar dapat ditingkatkan dan menjadikan daerah Bera sebagai daerah terbaik dalam segi akademik dan ko-kurikulum.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers