Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 17 July 2014

Video Raya TM Papar Kisah Budak Perempuan Nakal, Comel!!!


Sambutan hari raya Aidilfitri seakan tidak lengkap tanpa tayangan iklan raya daripada pelbagai syarikat gergasi Malaysia antaranya seperti Petronas, Bernas, TM dan Maxis.

Dan rasanya tahun ini, pihak Telekom Malaysia (TM) yang paling awal sekali menyiarkan iklan raya mereka.

Memang menghiburkan!

Dalam komedi iklan ini ada juga terselit mesej berguna yang boleh dijadikan tauladan buat adik-adik di luar sana.

Jangan suka menipu, tak baik tau!

Apa-apa pun, adik yang berlakon ni memang comel giler, natural je ‘acting’ dia.

Tak sabar nak tunggu iklan raya Petronas tahun ini, apalah kelainannya kali ini ya!

Wednesday, 16 July 2014

Maklumat Peribadi Awek Peugeot CDM25 Mengamuk Dengan Steering Lock Bocor??? @PDRMsia


Satu rakaman klip video mengenai seorang gadis melayu mengamuk macam orang giler hilang akal bila kereta Peugeot bernombor pendaftaran CDM 25 terlibat dalam kemalangan kecil (memang kecik pun insiden tu langgar bumper jer calar skit bukan bumper jatuh pun) mula menjadi viral di media sosial seperti facebook. Cerita ini mula menjadi viral apabila ia dikatakan seorang gadis melayu mengamuk dengan seorang tua berbangsa cina kononnya dikatakan kereta cina tersebut melanggar kereta "mewah" gadis meroyan tu.

Walaupun gua rasis tapi bab-bab macam ni gua tak setuju sangat bila seorang gadis mengamuk meroyan macam orang gila. Kalo ye pun apek tu langgar settle baik-baik la. Lagi pun apek tu kata nak bayarkan, meroyan apa lagi. Kat bawah ni gua kongsikan story pasal minah meroyan ni.
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate no CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar.




Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.
Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di Facebook dan tidak mustahil ramai yang akan menyerang pejabat beliau.
Sumber : denaihati.com  sozcyili

Tuesday, 15 July 2014

Apa Ada Dengan Razali Kulintangan???


Mungkin ramai yang tak tahu apa itu kulintangan?

Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang paling popular di Sabah terutama di kalangan kaum Bajau dan Kadazan-Dusun.

Alat muzik tersebut terdiri daripada lapan hingga sembilan atau lebih gong kecil dalam satu set.

Bila bercakap pasal kulintangan ini, orang yang paling tepat bercerita mengenainya adalah Razali Kulintangan atau Razali Abdul Rahman.

Anak muda lulusan Diploma Seni Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ini pernah menjuarai program Bakat TV peringkat akhir, menjuarai Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan di Festival Muzik Rainforest di Sarawak.

Lihat saja bagaimana Razali bermain kulintangan untuk lagu Gadis Melayu seperti dalam klip video di bawah, anda pasti terpesona dengan kehebatan bakatnya!







Monday, 14 July 2014

Panas!!! 3 ‘Budak Perempuan Pailang’ Akhirnya Dihantar Ke Sekolah Tunas Bakti...


Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.

Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan.



Sunday, 13 July 2014

@Armand_PJU Dan NGO @SAM1MSIA Menapak Keliling KL Semata-mata Bagi Gelandangan Makan??? @KhairyKJ @AzwanBro @NajibRazak


Malam tadi di lokasi sekitar ibukota, NGO Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) yang diketuai oleh Armand Adha yang juga merupakan Exco Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia bersama beberapa NGO lain seperti Briged Kesatria Muda, Pemuda Kepong / Selangor, Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly dan rakan-rakan Bloggers serta media telah mengagihkan juadah bersahur kepada golongan gelandangan yang berada di kaki lima sekitar jalan yang dilalui.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan atau Wanbro yang juga turut turun berjalan kaki bersama NGO dan anak muda lain sambil membawa bekalan juadah bersahur. Kira-kira 70 orang sukarelawan turut serta dalam program mulia ini yang telah berjaya memberi makan sekitar 200 golongan gelandangan yang berada di sekitar ibukota ini.

Lagi cerita pasal bagi makan gelandangan nie KLIK SINI KLIK SINI


Laluan yang diambil oleh NGO yang menyampaikan makanan dan minuman untuk golongan gelandangan sekitar Jalan Chow Kit - Jln Raja Laut - Jalan TAR - Jalan Bonus - Jalan Tun Perak - Dataran Maybank dan berakhir di laman siar Bangunan Cahaya Suria.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers