Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 18 January 2013

Agihan Kerusi PRU13 Hampir Selesai Kata PM @NajibRazak???...


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai dalam urusan pembahagian kerusi membabitkan parti-parti komponen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menjelaskan, sebahagian besar calon dalam pilihan raya umum tersebut juga telah ditentukan dengan mengambil kira kebolehan serta penerimaan calon terbabit di kawasan masing-masing.

"Kita (BN) kini menumpukan kepada kesiapsiagaan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang. Masanya akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, semua parti dalam BN telah diberikan panduan jelas untuk berdepan pilihan raya.

"Soal pembahagian kerusi, ia sudah hampir selesai. Penentuan calon-calon, sebahagian besar telah ditentukan. Keperluan-keperluan lain turut dibincangkan seperti manifesto dan logistik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Najib berkata, BN akan menggandakan usaha untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memberikan semangat dan keyakinan kepada jentera parti.

Ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap BN, beliau berkata, ramai pihak menyatakan penerimaan tersebut semakin bertambah dan positif.

Lamborghini Dijual Murah Pada Harga Kereta Viva???...




Thursday, 17 January 2013

Gambar Pertama Di Dunia Tunjuk 'FUCK' Atau ‘Jari Tengah’???...



Pada April 1886, pemain besbol Boston Beaneater, Charles Radbourn telah menunjukkan jari tengahnya dalam gambar sebelum perlawanan menentang New York Giants.

Gambar ini dikatakan adalah di antara yang pertama gambar jari tengah ditunjukkan!

Macam kelakar pun ada tapi kalau difikirkan logik jugak.

Cuba anda lihat..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 16 January 2013

Betul Ker Blog Fitnah Nik Aziz????...


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk di bawa ke mahkamah.

"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media .

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwanya menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Tuesday, 15 January 2013

Adegan 'Topless' Di Bilik Mandi, Pelakon Jelita Indonesia Jelas Isu Payudara Terlihat...


Pelakon seksi Wiwid Gunawan kembali mempamerkan keseksian tubuhnya. Kali ini melalui filem terbarunya, "Tali Pocong Perawan 2".

Salah satu adegan yang terdapat dalam filem tersebut yang menjadi tumpuan adalah adalah adegan di dalam bilik mandi.

Wiwid yang tidak memakai baju a.k.a topless, berdiri membelakangi kamera, sambil menyirami tubuhnya di bawah pancuran air.

Oleh kerana sudut kamera agak terketepi, bahagian tepi payudara wanita berusia 30 tahun ini sedikit terlihat.

Walaupun kelihatan agak 'lucah' dan keterlaluan, Wiwid tidak kisah dengan apa pandangan penonton.

"Itu adalah caranya saya menghayati watak yang diberikan. Itukan adegan mandi. Jadi buat apa diheboh-hebohkan," tutur Wiwid membela dirinya.

Wiwid tidak kekok untuk membuka pakaiannya di hadapan kamera. Katanya, jurukamera di situ semuanya wanita, termasuklah yang merakamkan adegan mandinya di dalam bilik air.

"Semua perempuan, sutradaranya pun perempuan, jurukameranya pun perempuan. Jadi, ketika merakamkan aksi tersebut, hanya saya dan jurukamera sahaja," katanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers