Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 28 September 2013

Puaka Niring : Mayat Tinggal Rangka Dimakan Anjing Peliharaan


DI KENTUCKY, polis menemui rangka seorang wanita warga emas di kediamannya, dipercayai meninggal dunia selepas jatuh sakit dan mayatnya dimakan oleh anjing serigala peliharaannya.

Kehilangan Patricia Ritz, 67, dilaporkan oleh jirannya selepas hampir seminggu tidak melihat kelibatnya.

Wanita itu dilaporkan pernah memiliki beberapa rekod kesalahan menzalimi anjing peliharaannya bermula pada tahun 1986 hingga tahun 2003.

Salah satu kesnya ialah pada tahun 1999 apabila pihak berkuasa menemui 184 anjing di kediamannya dalam keadaan tidak terurus sekaligus menyebabkan 159 daripadanya terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit.

Bagaimanapun, Patricia dibenarkan memelihara baki anjing tersebut yang telah dirawat dan dikasi.

Kematian wanita itu menemukan lebih 50 ekor anjing dalam keadaan tidak terurus dan lapar di kediamannya di Fordsville di mana 27 daripadanya sudah ditempatkan di hospital veterinar di Owensboro.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aaron Aziz Masuk Hospital, Leher Senget??? @AaronDwiAziz


KASIHAN pula mendengar nasib yang menimpa pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Melalui laporan Berita Harian hari ini, beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian lehernya.

Aaron dilaporkan telah mengalami kesakitan sejak seminggu lalu, namun bertekad menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

Menurut isterinya, Diyana, dia membawa pelakon itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan menyebabkan jari sebelah kirinya menjadi kebas.

"Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit 'Cervical Facet Arthritis' pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit," jelas Diyana.

Gua doakan semoga Aaron cepat sembuh dan dapat memulakan aktiviti lakonannya seperti biasa.

Nasihat gua, walau sesibuk mana kita bekerja, kesihatan harus jadi perkara utama yang dititikberatkan dalam hidup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 27 September 2013

Steady la!!! Wah Pak Man Makin ‘Glamour’ Sekarang…





Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya 'graf' simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.

Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada 'hikmahnya'.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin 'di atas', kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya.

Bak kata M. Nasir… hidup dan nasib ibarat 'roller-coster'…. susah dan senang bersilih ganti.

Syabas Pak Man!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Pengguguran Nama @tunfaisal Bertanding MT Tenggelamkan Kempen Calon Lain??? @NajibRazak #TF4MT


Sehari dua ni kecoh di semua sudut media sosial isu pengguguran nama Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO dari senarai yang layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan yang akan datang.

Di twitter, facebook dan blog termasuk di instagram hebat isu ini diperdebat dan diperbincangkan. Masing-masing mengeluarkan dan memberi pendapat serta pandangan menyokong atau mengkritik sama ada beliau layak atau tidak layak bertanding sehingga ada yang sampai tahap macam dia pulak yang mengubal perlembagaan UMNO. Malah ada yang tak pernah pun membaca perlembagaan UMNO dan lebih teruk lagi bukan ahli UMNO pun berdebat mengalahkan peguam, dah macam loyar buruk jer.

Bukan sekadar di media sosial, isu ini juga telah berjangkit ke media arus perdana seperti radio dan stesen tv yang memberikan liputan yang agak meluas.

Namun sedar atau tidak sedar isu ini sedikit sebanyak telah menenggelami kempen promosi calon-calon lain yang juga menggunakan media sosial untuk berkempen sekalipun ada yang mengatakan secara tiba-tiba kempen calon melalui media sosial lesu akibat penguatkuasaan kod etika berkempen.

Secara tiba-tiba poster, gambar dan story tentang calon sama ada yang mempromosikan calon atau menghentam calon lain terus senyap sunyi. Penyebaran poster calon menjadi berkurangan di blog, facebook dan twitter. Kesian kepada calon yang bertanding jika perkara ini berterusan apabila kemeriahan berkempen ditarik balik.

Adalah diharapkan agar isu pengguguran Tun Faisal dari menjadi calon MT segera diselesaikan oleh pihak berkaitan agar tidak mengganggu kerancakan berkempen calon lain. Semua sedia maklum bahawa tuan punya diri pun tidak mahu perkara ini berlaku. Semoga apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat panduan kepada orang lain di masa hadapan.

p/s : mungkin no 60 adalah nombor keramat yang bakal membawa tuah kepada Tun Faisal atas apa yang berlaku bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di nombor"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Datuk Mukhriz Mahu Lebih Aktif Dalam UMNO Guna Platform Pemuda???


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad hari ini menyuarakan hasrat bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.
   
Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.
   
"Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu.
   
Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan.
   
Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yakin dengan kewibawaan Ahmad Mukhriz untuk dipilih kelak berdasarkan pengalaman luas dan semangat perjuangan tinggi pada dirinya.  - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers