Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 25 October 2011


Dipetik dari blog Suara Bloggers

Tindakan Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) membuktikan bahawa PAS Selangor kini sedang bergolak tatkala Jawatankuasa Tertinggi Parti berpendirian tidak menyokong Perhimpunan tersebut. Hasan Ali juga didakwa tidak sama sekali gusar dengan tanggapan dan persepsi Penyokong2 PAS Pro Sekular yang naik berang dengan keberanian Exco Selangor itu. Antara Pemimpin PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau termasuklah musuh dalam Parti Khalid Samad. Timb. Pesuruhjaya PAS itu mendesak pihak PAS Pusat mengambil tindakan displin terhadap beliau yang bukan sahaja membelakangi pendirian parti malah turut berkempen menyeru Umat Islam di Selangor menyertai HIMPUN. Hasan Ali dalam kenyataannya sebentar tadi mendakwa beliau hadir sebagai Pemimpin Islam yang bukan mewakili parti mahupun Kerajaan Negeri. Turut hadir di dalam Majlis terbabit Ketua Pemuda PAS Wilayah yang telah mendeklamasi Sajak ANTI MURTAD yang dikarang oleh Nasrudin Tantawi.

Adakah PAS Selangor dan PAS Pusat sedang berkira-kira untuk menghukum Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasa?. Mereka juga turut dikecam dilaman-laman sosial oleh para penyokong pakatan rakyat ekoran kedegilan mereka untuk turut serta didalam menjayakan program perhimpunan aman 'HIMPUN' pada hari sabtu yang lalu.





Melihat komen-komen yang dihamburkan kepada mereka terutamanya kepada Dr Hasan Ali, Keris cadangkan supaya kepimpinan PAS memecat beliau bersama Ustaz Nasa jika benar apa yang mereka lakukan ini salah dari sisi agama Islam.

Berkenaan Khalid Samad a.k.a. Khalid Gereja, umum tahu bahawa dia adalah penyembah tegar DAP maka jangan hairan jika dia berang dengan tindakan Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasa.

Sekali lagi Keris ulang, pecatlah mereka jika benar mereka melanggar undang-undang parti dan ianya salah disisi Islam.
 Sumber : Keris7Lok

Kulaan : Kulaan pun senada seirama dengan Keris... mana Pas berani ambil tindakan pasal kes nie...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers