Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 24 October 2011

Siapa berani tegur pemimpin DAP?



Akhbar China Press bertarikh 23 September 2011 dalam ruangan 'kedai kopi' memaparkan tulisan Koh Kok Wei berkaitan tiada yang berani kritik pemimpin DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Shah Alam, Selangor, M Manoharan dalam laman web sosialnya memaparkan isu mahu menukar bendera Malaysia. Walaupun telah meminta maaf dalam masa 24 jam selepas dikritik, isu itu tetap panas.

Sebelum Manoharan menurun paparan itu, sesiapa yang membaca tulisannya dapat melihat pandangan bahawa bendera kita bersamaan dengan bendera Amerika, bendera itu tetap sebuah bendera tetapi seperti dimonopoli oleh Barisan Nasional.

Setiausaha propaganda DAP, Tony Pua Kiam Wee menuding Manoharan telah bertindak bodoh. Tindakan tanpa berfikir ini sudah tentu akan membawa pakatan pembangkag dan DAP ke jalan 'kehancuran'.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mengatakan negara ini tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam kerana melanggar Perlembagaan Malaysia.

Ramai orang mahu bertanya, apabila DAP dalam pakatan pembangkang secara bijak menggilap dan menyolek pemimpin-pemimpin DAP, siapa yang berani mengkritik mereka secara terang apabila membuat sesuatu keputusan yang menimbulkan isu?

Kulaan : Pakatan Rakyat, sapa yang berani tegur DAP????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers