Rakyat Malaysia boleh berbangga apabila ke Makkah dan melihat struktur menara jam di Menara Hotel Jam Diraja Makkah yang akan dikenali sebagai Abraj Al-Bait yang tersergam indah mengadap Masjidil Haram yang mendapat “sentuhan anak Malaysia”.
Insan istimewa itu ialah Wan Nazri Wan Aria, 31 seorang jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampil reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu. Menara itu memerlukan "struktur keluli tidak berat” untuk menyokong jam gergasi tersebut yang ditambah dengan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai diperlukan untuk menyempurnakan pembinaan menara jam tersebut.

Lebih unik lagi, 14 orang tenaga pakar Premier Composite Technology yang terlibat dalam pembinaan menara jam itu adalah kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab memasang jam gergasi yang kelak akan menarik perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, menara jam ini adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia ketika ini, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal seluruh dunia seperti menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland, menara jam The Big Ben di London, dan menara jam Ann-Bradley di Milwaukee, Amerika Syarikat.
Jam gergasi itu dikatakan boleh dilihat dari jarak 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, yang dihiasi replika bulan sabit, manakala cahaya daripada 2 juta lampu LED yang menghiasinya berkelipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.
Selain itu, 90 juta mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan yang dilaporkan bernilai RM9 billion atau kira-kira sekitar USD3 billion, dijangkakan akan disiapkan sepenuhnya pada Februari tahun depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei.
Beliau dan rakan-rakannya juga terbabit dengan pembinaan dan pemasangan kubah bergerak di Masjid Al Nabawi dan juga kubah di Masjid Putrajaya.
Beliau dan rakan-rakannya juga terbabit dengan pembinaan dan pemasangan kubah bergerak di Masjid Al Nabawi dan juga kubah di Masjid Putrajaya.
Kulaan : berbangga dengan hasil tangan anak Malaysia... Proud to be Malaysian...
No comments:
Post a Comment