Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 11 December 2011

Adakah Teater 1Plastik Hitam Hanya Layak Di Stor DBP???


Malam ini malam terakhir, Kulaan berkesempatan menonton "Teater 1Plastik Hitam" yang dipentaskan di Stor DBP yang telah bermula pementasaannya pada 7hb-11hb Disember 2011.

Teater ini adalah hasil tangan penulis skrip muda, Syahrul Fithri Musa yang kemudian diadun oleh lima orang penggiat teater alternatif berbakat besar menjadikannya satu pementasan yang sangat baik.

SINOPSIS

Apa yang tersembunyi di dalam 1 plastik hitam? Sehingga ia menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian kepada semua orang. Mungkinkah benar ia adalah sebuah bom yang dikhuatiri akan meletop? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga.


Dalam masa yang sama, mereka semua sebenarnya di dalam sebuah rancangan realiti TV 'Rupa : Bukan Sekadar Berbakat Besar' menguji sejauh mana pembawakan rupa mereka dalam setiap watak yang diberi. Beberapa orang telah tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya kerana telah tewas di tangan peserta lain akibat undian SMS tidak memihak pada mereka.

Hari ini adalah hari penentuan. Siapakah antara mereka bakal menjadi empat peserta untuk mara ke final. Siapa yang akan tersingkir? Segala ditentukan oleh undian SMS anda. Undilah untuk pelakon yang anda rasa benar-benar layak untuk mara ke final?

To be continue.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers