Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 17 December 2011

Setelah Berjaya Menjadi YB, Azmin Membiarkan Pengundinya...

perhentian bas Kampung Sungai Pusu...
GOMBAK: “Seingat saya, kali terakhir bas masuk untuk mengambil penumpang di kawasan ini empat tahun lalu dan selepas itu, tiada lagi pengangkutan awam masuk ke sini.

“Cuma sekali-sekala teksi masuk, itu pun jarang sebab penduduk lebih memilih untuk berjalan ke hentian bas terdekat memandangkan caj tambang teksi terlalu mahal,” kata pelajar, Seri Indah Sapawi, 16, yang kecewa disebabkan perkhidmatan bas ke kawasan Kampung Sungai Pusu, di sini, dihentikan sejak sekian lama.

Tinjauan ke kawasan terbabit mendapati rata-rata penduduk mengeluh dan menyatakan kesukaran terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar ke pusat bandar atau ke pekan berhampiran khususnya untuk membeli barang keperluan.

jalan pintas yang digunakan penduduk...
Seri berkata, kesukaran itu bukan hanya dihadapi penduduk yang bergantung pengangkutan awam semata-mata, malah pelajar yang mahu ke sekolah juga terpaksa melakukan perkara sama dengan berjalan tiga kilometer untuk ke hentian bas terdekat.

“Perkhidmatan bas sekolah tiada, jadi kami terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk menunggu bas di depan pintu utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana ia hanya mengambil penumpang di situ,” katanya.

Penduduk, Osman Ismail, 56, berkata sejak perkhidmatan bas dihentikan, pelbagai kesulitan dihadapi penduduk selain keselamatan laluan untuk ke hentian bas membimbangkan.

“Sekiranya mahu menaiki bas ke bandar, kami terpaksa berjalan dan melalui jalan pintas untuk ke hentian terdekat. Ia membahayakan terutama kanak-kanak kerana laluan itu dalam ladang getah,” katanya.

Katanya, jika tidak melalui jalan pintas sejauh tiga kilometer itu, mereka perlu menggunakan jalan utama yang lebih jauh iaitu hampir lima kilometer.

“Kadang-kadang ada teksi yang masuk ke kawasan ini, tapi kami tak mampu kerana tambangnya agak mahal antara RM6 hingga RM7, jadi ia membebankan kalau guna teksi setiap hari,” katanya.

Katanya, difahamkan, perkhidmatan bas dihentikan disebabkan jumlah penumpang yang terlalu sedikit, namun Osman masih berharap pihak berkenaan mampu mencari penyelesaian bagi membantu penduduk di kawasan itu.

Kulaan : mana janji Azmin masa berkempen... kononnya jika Pakatan Rakyat menang kebajikan rakyat akan terjaga... jauh lebih baik masa Barisan Nasional menang di Parlimen Gombak... peluang telah diberikan... ayuh orang Gombak... tukar semula YB anda dalam PRU 13 nanti...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers