Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 26 February 2012

Betul Ker Umno Kedah Pilih Ahli Pas Seumur Hidup Jadi Ketua Jentera Siber???... @NajibRazak @Mukhrizmahathir


Terkejut gak Kulaan apabila mendengar khabar yang di bawa angin satu berita yang agak menghairankan Kulaan. Seorang yang dikatakan sebagai ahli Pas seumur hidup dipilih oleh UMNO Kedah untuk mengetuai jentera siber negeri Kedah bagi menentang Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Bagaimana seorang ahli Pas seumur hidup boleh dipilih oleh UMNO Kedah untuk menyerang pembangkang sedangkan yang dipilih adalah ahli seumur hidup sebuah parti pembangkang.

Macam mana musuh boleh dilantik mengetuai bala tentera untuk menyerang pihak musuh. Bayangkan berapa banyak rahsia yang akan dibocorkan kepada pihak musuh. Ketua tertinggi pulak tu yang sudah pasti dapat banyak maklumat rahsia dan strategi peperangan.


Apa yang difikirkan dalam kepala hotak pemimpin UMNO Kedah sampai begitu dangkal sekali keputusan yang diambil. Cuba korang bayangkan kalo Nik Aziz jadi Menteri kerajaan sekarang sedangkan dia ahli Pas.

Dah takda calon atau pilihan lain ka kat dalam negeri Kedah tu sampai ahli Pas seumur hidup pun diangkat menjadi ketua jentera parti UMNO.

Dah xda ahli UMNO ka dalam negeri Kedah yang boleh dilantik dan diangkat sebagai ketua jentera siber untuk UMNO Kedah sampai tergamak melantik pihak musuh ke dalam parti.

Nak kata tak cerdik, semua pemimpin tertinggi UMNO tuh cerdik pandai belaka daripada Kulaan. Takut terlebih cerdik nanti kesannya menyusahkan UMNO dan BN nak memenangi kembali Kedah daripada Pakatan Pembangkang.

Datuk Seri Najib selaku PM dan pemimpin UMNO dan BN tolong la tengok-tengokkan keputusan yang dibuat pemimpin bawahan takut kelak 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers