Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 28 March 2012

Tazkirah : Beza Hudud Dan Ta'zir...


Assalamualaikum buat seluruh sahabat gua sekalian. Apa yang korang semua tahu tentang HUDUD?? Apa itu TA'ZIR?? Apa kaitannya diantara 2 perkataan ini? Sehingga mana anda tahu tentangnya? Dari media massa?, media cetak? Dari pandangan orang lain bercakap? Betul ke tidak. Oleh itu, tazkirah untuk kita renungkan serta huraian secara ringkas bagi renungan kita bersama.
---------------------------

APA ITU HUDUD DAN TA'ZIR? (secara ringkas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hudud: Jenayah-jenayah yang telah disebutkan dalam Al-Quran seperti zina, mencuri, menentang pemerintah yang adil (pemberontak) dan lain-lain lagi (ada 7 semuanya). Hukuman yang diperuntukkan adalah jelas dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Ta'zir: Jenayah-jenayah yang tidak dinyatakan dalam Al-Quran seperti mengedar dadah, merempit, memalsukan wang dan rogol. Hukuman adalah berdasarkan kebijaksanaan pemerintah seperti penjara, buang daerah, denda dan lain-lain lagi.

Ramai yang keliru tentang hudud, terutamanya yang melibatkan rogol dan zina. Zina dilakukan atas kerelaan antara 2 pihak tanpa sebarang unsur paksaan. Hukuman hudud hanya untuk kes zina yg memerlukan penuduh untuk mengemukakan 4 orang saksi yang adil. Jika gagal untuk membawa 4 orang saksi, hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Tetapi bukan bermakna si pelaku boleh terus terlepas sewenang-wenangnya. Bukti-bukti lain akan dibawa untuk menyokong pertuduhan. Jika terbukti bersalah, hukuman akan dikenakan seperti penjara, denda dan sebagainya.

Manakala rogol pula tidak termasuk dalam jenayah zina kerana adanya unsur-unsur paksa tanpa kerelaan. Jadi, untuk rogol hukumannya adalah ta'zir dan bukan hudud. Ia tak memerlukan penuduh untuk membawa 4 orang saksi. Mahkamah akan menilai setiap bukti kes yang dikemukakan seperti DNA, CCTV dan sebagainya.

Jadi, jangan keliru dan mengelirukan orang lain sebelum mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif dan alim.

Wallahu'alam...

3 comments:

  1. Sekali-sekala bagi posting macam ini pun bagus bro, boleh belajar, heheh.

    Blog lu sudah aku paut bro, sori lah lambat sikit.

    Pergh, sekali gua bukak paper, ada promo tempat murtad pulak dekat rumah gua. baca sini.

    Pusat Baru Galakkan Murtad di PJ!! Khalid Ibrahim EXCO Agama Islam jangan tidur!

    Menyirap. Selamba habis!

    ReplyDelete
  2. thanx bro aboudiabydoo (susah menyebut nama lu nie bro...)

    buat Alisha Residenc... gua pun dah paut blog lu sekali pun gua tengok dunia lu dengan dunia gua jauh berbeza... tapi, sejuta terima kasih kerana sudi menjengah ke blog gua nie...

    ReplyDelete
  3. HAJI VAVI KATA TAK BOLEH SEBAB VIDEO ITU BESI..
    MACAM MANA TU..
    NAK IKUT HUKUM ALLAH ATAU HJ VAVI???
    MANA YANG BETUL?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers