Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 9 June 2012

Sebab No Plat WWW1: Nizar Kena Jawab 28 Soalan Polis...


Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjawab semua 28 soalan yang dikemukakan polis berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini berkenaan pembidaan nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Sanawi Muhamad yang hadir bersama Deputi Superintendan Sukiman Arshad tiba di Pejabat Pas Perak kira-kira jam 2.11 minit sebelum memulakan soal siasatan pada jam 2.30 petang.

Siasatan yang mengambil masa 40 minit itu berjalan dengan lancar.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memaklumkan bahawa beliau ditemani tujuh peguam, namun hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan polis, berhubung proses mengambil keterangan berkenaan, sebelum himpunan hijau dianjurkan di Alor Setar pada 31 Mei lalu.

"Sepanjang sesi tersebut, saya memberi kerjasama penuh dengan menjawab kesemua 28 soalan yang dikemukakan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi keterangan.

Apabila ditanya bentuk soalan yang diajukan kepada beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu tidak menjawab, sebaliknya memberitahu, dalam kes siasatan bidaan berkenaan, beliau menghormati tugas yang dijalankan polis.


"Semua pihak harus menghormati keputusan dan bidang kuasa polis dan memberi (kerjasama kepada) mereka menjalankan siasatan.

"Biarlah polis menjalankan tugas mereka. Bila laporan sudah dibuat, kita kena hormat supaya ia tidak menghina mana-mana pihak," katanya.

Mohamad Nizar kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata, polis Johor telah menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000.

1 comment:

  1. harapan rakyat johor jangan biarkan c nizar masuk johor ampun tuanku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers