Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 25 July 2012

Abby Abadi Sah Masuk Syurga???... @Abby_Abadi112


Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas baru-baru ini dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, beberapa minggu lalu.

Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily, hari ini.

Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. -SH-

p/s : bukan gua yang cakap kalo masuk Pas masuk syurga... gua bukan buat fitnah... memang pas yang cakap mcam tu... tapi kalo cakap jer mesti kata gua reka-reka cerita... nie gua bagi gambar sebagai bukti...

tapi seperti biasa puak-puak sesat Pas nie akan kata gambar mana boleh jadi bukti... kena bawak 4 orang saksi macam depa dok buat fatwa kes video chinadoll Anwar Ibrahim tuh... lu pikir la sendiri...








4 comments:

  1. Baguslah jika Abby dah nampak cara untuk ke Syurga ciptaan PAS. Teruskan.

    ReplyDelete
  2. Ingin benor benor saya melihat Ketua AMK Samsul berdebat dengan Nasurdin Hassan Tantawi dan Khairy Jamaludin (di dalam bahasa Inggeris) mengenai isu isu semasa seperti menifesto parti masing-masing menjelang PRU13 ini. Saya yakin rakyat boleh menilai hujah-hujah mereka dan membuat pilihan tepat.

    ReplyDelete
  3. Yang sah ialah.. satu hari Abby akan berada sebilik dengan salah seekor lebai PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaahhh,ahlil nujum pa' blalang yer.... eloklah tu, eloklah sgt ayat tu......

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers