Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 15 September 2012

Berjumpa Dengan Kate, Datuk Siti Dikutuk – ‘Pandai Ke Speaking?’

Ketika ini, orang ramai teruja dengan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia kerana dapat menyaksikan kerabat diraja ini dengan lebih dekat.

Tujuan hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Malah, rasa keterujaan masyarakat Malaysia semakin dirasai apabila Putera William dan Kate mengadakan kunjungan ke Masjid Assyakirin di Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Ketibaan pasangan itu disambut meriah dan dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu di perkarangan masjid itu.

Turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Kate adalah penyanyi terkenal tanah air kita, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti telah memuat naik gambarnya bersama Kate untuk tatapan peminat-peminatnya di profil Instagramnya.

Kiranya, beruntunglah Siti dapat berjumpa dengan orang kenamaan seperti Kate.

Namun, dalam keseronokkan Siti menikmati momen indah bersama peminat-peminat, ada juga yang tidak berapa suka dan mengutuk diri Siti.

Secara terang-terang, ada peminat yang memerli Siti sama ada pandai atau tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika bertemu dengan isteri Putera William itu.

Malah, ada juga yang mengutuk Siti yang gembira berjumpa dengan Kate seolah-olah bertemu dengan 'Nabi'.

Macam-macam yang diperkatakan oleh peminat-peminat Siti di Instagram milik penyanyi itu.

Apa-apa pun, tidak kiralah kita bertemu dengan sesiapa pun, walau setinggi mana darjat diri kita, dan setinggi mana akal fikiran kita, setiap tutur kata itu haruslah dijaga.

Tidak semua manusia itu sempurna. Muhasabah dirikan lebih elok? Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Jelas dan terang ada orang Melayu yang memang secara tabiinya dilahirkan sebagai tukang hasad dengki dan irihati.

    ReplyDelete
  2. la...inipun nk jd brita...cri lh isu yg klas skit..ckai btulla blog ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers