Pelakon wanita yang baru mengenal tudung, Abby Abadi meluahkan rasa kerisauan yang timbul dalam dirinya sejak berhijrah sekiranya tidak sempat menyelamatkan rakan-rakan artisnya sebelum kiamat.
Menurut kata Abby yang dipetik dari blog gosip hiburan, Buahmulut.com, Abby menegaskan dunia hiburan dan lakonan sekarang ketika ini tidak langsung mengikut tuntutan syariah Islam.
Justeru, dalam ceramah Abby ketika program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi) pada 21 Oktober lalu, Abby menegaskan dunia hiburan sekarang semakin melalaikan.
Abby juga meluahkan itulah juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.
"Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon dan penyanyi) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya.
"Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah," kata Abby.
Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.
Malah, Abby juga meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan, hari kiamat.
"Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?" luah Abby.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment