Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 24 October 2012

Amy Search Umum Restoran Cheng Ho Dengan Rasminya Ditutup… Apa Kes?




Umum mengetahui yang penyanyi legenda rock Malaysia, Amy Search mempunyai sebuah restoran bernama Cheng Ho.

Restoran yang bertemakan makanan Cina Muslim itu bertempat di Wangsa Maju.

Baru sebentar sahaja tadi Amy menghebahkan berita mengenai penutupan restorannya di laman sosial Twitternya sendiri.

"We would like to inform tht is Cheng Ho is officially shutdown. Sad but true.." tulis Amy di twitternya.

Selain itu, Amy juga turut memuat naik gambar restorannya dengan 'caption' yang sama di profil Instagram.

Tidak pasti pula jika penutupan restoran miliknya itu disebabkan cuti Hari Raya Aidiladha bakal tiba beberapa hari lagi, atau memang tutup terus!

Untuk rekod, Amy pernah disaman oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang berusia tiga tahun kerana mendakwa pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.

Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris.

Berbalik pada kisah tutup ini, perkataan 'officially', itu agak lain macam bunyinya.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Amy sendiri.

Tunggu…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

  1. Saya pernah ke restoran ini sebaik sahaja beberapa minggu restoran ini beroperasi. Saya meminta set untuk makanan 4 orang. Antara menunya ialah Ikan Siakap, Udang Butter, Tomyam dan Ayam Masak dgn Gajus seingat saya.

    Hidangan yang diberikan adalah agak kecil hanya cukup utk 2 orang makan sahaja dan yang paling saya kesalkan ialah, hidangan Ikan Siakap yang diberikan adalah sebesar tapak tangan, amat kecil sekali malah ikan tersebut sudah berbau bangkai, memang busuk. Kami tidak memakan ikan tersebut.

    Akibat dari hidangan yang sedikit dan Ikan yg kecil dan busuk, itulah kali pertama dan terakhir kami makan disana.

    Niat kami ingin menolong pengusaha bumiputera, tetapi perkara diatas menyebabkan sebaliknya. Allahualam.

    ReplyDelete
  2. Anonymous24 October 2012 09:54
    ________________________________________

    sepatutnya saudara komplen apa yg terjadi tu untuk meningkatkan servis dari pihak pengusaha...bukan diam seribu bahasa dan merajuk...

    sokong pengusaha melayu...boikot peniaga cina bangkai...

    Pejuang Hamas...

    ReplyDelete
  3. ada ke patut bagitau kt sini..spatutnye bagitau tuan punya kedai..jgn tak puas hati g citer kt umum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Dah bagitau kat pengurus dia, tapi depa buat tak tau, so camana? Dah inform, ikan busuk, tapi still kena bayar full course. Takkan I nak saman. The best I can do is not to go there anymore. Perkara ni berlaku sebelum adik tu kena sop tom yam yang panas.

      Saya ada perhatikan juga, cara pelayan mereka menghantar makanan juga agak merbahaya terutama apabila mengidangkan sup panas.

      Saya memang akan bantu pengusaha Melayu untuk berniaga. Harap, kena berniaga dengan ikhlas dengan perkhidmatan dan juga barangan tu aje.

      Delete
    2. nama restoren tu kurang kena la...terlalu gah untuk kedai makan. dan tak meransang selera makan untuk makan di sana. apa pun usaha amy ni bagu...artis berniaga...tapi itulah ada perkara-perkara lain jugak yang perlu diambil kira.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers