Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 5 April 2013

KJ Tak Bertanding #PRU13? Hampir Meroyan…? @KhairyKJ


Berikut adalah kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yang dibuat di Facebook beliau. Lain macam aje bro… kalau tak terpilih pun apa salahnya, dah nama pun perjuangan kan.

"Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB.

Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.


Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon.

Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet.

Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk.

Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat.

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Harimau Kumbang5 April 2013 at 12:07

    Taik minyak lah...berjuang ape nye...5 states gone...hancur kerana politik rakus kitchen cabinet...
    Hebat ke Pemuda era KJ ?

    ReplyDelete
  2. jelous ke you kat kj kumbang....hati dalam kena baik sangka le...bukan buruk sangka macam rimau dalam hutan tuu....lagi pula kalau mengaku org islam....akal tuhan bagi kena guna sikitt..bai...

    ReplyDelete
  3. Jentik kj sikit ada pulak yang terasa..jangan marah nanti kena jual ....bai....kumbang cakap benar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers