Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memandang rendah terhadap status kehidupan rakyat Malaysia apabila menyifatkan mereka sebagai rakyat ekonomi kelas ketiga.
Meskipun kenyataan pemimpin DAP itu merujuk kepada kesan akibat gejala rasuah yang berlaku, tetapi kenyataan berbaur penghinaan itu sudah cukup mengambarkan pemikiran singkat Guan Eng dalam merumuskan sesuatu isu.
Ia apabila Guan Eng dalam satu kenyataan media mendakwa gejala rasuah telah mengubah 28 juta rakyat Malaysia pada hari ini menjadi rakyat ekonomi kelas ketiga.
"Orang Melayu menjadi warga ekonomi kelas ketiga berikutan skandal saham bumiputera. Orang Cina menjadi warga ekonomi kelas ketiga skandal Port Klang Free Trade Zone (PKFZ).
"Orang India pula menjadi warga ekonomi kelas ketiga dengan keadaan skandal Maika," dakwanya.
Guan Eng turut menghina penyokong dan pengikut Barisan Nasional (BN) apabila mendakwa mereka rakyat ekonomi kelas kedua di bawah rakyat ekonomi kelas pertama iaitu pemimpin BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment