Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 9 April 2013

Puaka Niring : Mayat Berulat, Isi Daging Terlerai Pengganas Sulu...


Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.

Selepas hampir lima jam menggali, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akhirnya berjaya mengeluarkan semua 15 mayat berulat termasuk satu mayat dipercayai pengganas wanita sebelum dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk proses bedah siasat.


Difahamkan, kerja menggali 'pusara' pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.


Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.

Mayat dibungkus sebelum dihantar untuk bedah siasat.


" Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. salam2all,

    Bisnis sekejap, jom check out promosi kapsul herba pacak langit untuk tegang lebih lama, rm100 utk 3 botol, klik di bawah untuk keterangan lanjut.

    kapsul herba pacak langit tegang lebih lama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers