Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 27 May 2013

Padan Muka!!! Sokongan himpunan Blackout 505 makin merosot!!!...


Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.

Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.

"Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.

"Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya," katanya.

Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.

"Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu.

"Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu," katanya.

Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Selagi ada upah,selagi itulah puak ni buat himpunan haram.Dah habis gas nanti,balik rumahlah

    ReplyDelete
  2. teruskan buat perhimpunan. aku nak tengok berapa lama pak sanggup ni bole ikut. kat temat lain bolela, ramai orang lapar, sanggup turun berdemo....kat sini sanggup ker?

    ReplyDelete
  3. abah kau lah dpat upah.. bju pon ktorang bli sndiri.. mkan minum sume duit sndiri.. x abis2 fitnah org puak2 ko ni.. bkan mcam korang.. sume najib sponsor.. yg dtg sket gak..
    mmg bilangan krg berbanding d stadium kelana jaya sbb kat KJ tu sume negeri trun.. klau kat negeri2 lain, hnye org negeri2 tersebut je yg trun..
    macai klau dh bodoh ttap bodoh.. ikot sngat TV3 tu.. haram jadah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers