Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 29 May 2013

Pakatan Bergaduh Lagi!!! Selangor Sepatutnya Negeri Pas???


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi `tamparan hebat' daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang apabila PAS Selangor hari ini menggesa ahli dan pimpinan PAS diseluruh negara menganggap Selangor sebagai `negeri PAS'.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" seperti mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu serta melebihi kerusi PAS di Kedah.


"Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini negeri mereka kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama," katanya.

Justeru, kata Iskandar, pemimpin PAS terutama kepimpinan tertinggi mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor seperti tumpuan yang diberikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jelas beliau, isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan muktamar seperti yang dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

"Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor," katanya.

Tegas beliau, ahli-ahli PAS telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor dan mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers