Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 12 July 2013

@ahmadmaslan Ambil Tindakan Bijak Bawak Blogger Pro-BN Pelbagai Kumpulan Ke #N01KualaBesut... @NajibRazak @kualabesut_


Kali ini Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Tok Mat Maslan akhirnya membuat satu tindakan bijak dengan mula menjemput beberapa kumpulan blogger Pro-BN turut sama berjuang di Pilihanraya Kecil Kuala Besut.

Maklumat terkini yang gua dengar beberapa kumpulan blogger Pro-BN mula bergerak ke Kuala Besut bagi membantu jentera fizikal dan jentera siber berjuang sama bagi menumbangkan calon Pakatan Rakyat dari Pas seterusnya mempertahankan kerusi yang dipegang BN semasa PRU13 lepas.

Tahniah buat Tok Mat Maslan!!!

Walaupun tindakan Tok Mat ini dibuat diminit-minit terakhir namun ia masih boleh dianggap sebagai "belum terlambat". Apa yang menyebabkan Tok Mat Maslan mengambil tindakan drastik sedemikian masih menjadi pertanyaan dalam kotak pemikiran gua. Adakah keputusan ini diambil hanya selepas Tok Mat Maslan KENA BALUN dengan beberapa blogger atau keputusan ini sudah pun dibuat tetapi cuma masa atau "TIMING" jer yang tidak kena hingga menyaksikan banyak blog memainkan isu ini seperti tulisan gua sebelum ini.



SILA KLIK SINI UNTUK CERITA PENUH : 


Waima apa pun sebab musababnya gua masih mencari jawapan dan gua tak berkecil hati pun tidak dapat ke sana kerana kekangan tugas hakiki bagi mencari rezeki sesuap nasi. Cuma gua berpuas hati jika ada sahabat blogger gua yang lain diberi peluang sama untuk menyumbang bakti dan tenaga terutama sahabat blogger-blogger otai yang punya banyak pengalaman dalam PRK kalo nak dibandingkan dengan gua blogger junior ni.

Gua harap Tok Mat Maslan dan pemimpin UMNO lain mengambil iktibar di atas insiden ini dan menjadikan ia sebagai panduan agar tidak melakukan perkara yang sama di masa hadapan. Seperti kata Tun M dan PM, Datuk Seri Najib Razak, BN takkan boleh menang dengan hanya 10 20 orang pengamal media sosial sahaja tetapi seramai mungkin akan mampu mengimbangi fitnah dan dakyah penipuan Pembangkang.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Tok Mat Maslan yang mula sedar dari tidurnya dek kerana gegak gempita sekelumit suara tapi mampu menggegar dunia blogesfera.

p/s : rindu Kuala Besut sebab baru 2 bulan lepas ke Kg. Raja... selamat berjuang kepada semua pengamal media sosial di Kuala Besut terutama sahabat blogger-blogger otai...

Majulah media sosial untuk negara... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers