Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 6 August 2013

Awas!!! Amaran Buat Calon Exco Pemuda UMNO Yang Dulu Suka Balun Orang Lain!!! @NajibRazak @KhairyKJ


"Awas... Awas... Awas... Awas gerak langkah mu ooooooo"

Itu sebahagian daripada lirik lagu "Awas" nyanyian kumpulan rapper terkenal sekitar tahun 90an KRU. Gua tujukan khas lirik lagu tu kepada calon-calon yang teringin bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan datang ini.

Gua dengar cerita dekat 80 orang calon bercita-cita untuk bertanding dalam jawatan tersebut termasuk bekas exco yang masih ada umur dan calon baru yang mencuba nasib atau "try market". Dalam semua calon yang akan bertanding nanti termasuk la spesis yang sebelum ini suka mengkritik dan menghentam orang lain sama ada melibatkan peribadi ada jawatan. Lebih teruk lagi ke tahap dah balun individu tanpa usul periksa atau tanpa belas kasihan.

Kini anda pula bakal mencuba nasib. Kalo ada rezeki maka terlantiklah anda sebagai Exco Pemuda bagi penggal yang akan datang. Ingatlah pepatah inggeris "what goes around will come around". Apa yang anda lakukan dulu akan anda rasainya pula.

Kalo dulu anda kaki hentam dan seronok menghentam serta membalun orang, kini masa anda telah tiba untuk dihentam dan dibalun. Barulah anda dapat rasai bagaimana sakitnya hati, bagaimana pedihnya, bagaimana jatuhnya maruah diri bila dibalun. Sekarang masa anda telah tiba. Tuuuuuuuuuuuuunnngguuuuuuu...

p/s : dulu masa balun orang tak ingat-ingat... sekarang baru ada akai bila kena balun nanti... Good Luck bro...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers